Anak tunggal Engku Emran dan aktres Erra Fazira, Engku Aleesya menerima tempias populariti di Indonesia kerana perkahwinan ayahnya, Engku Emran dan selebriti negara itu, Laudya Cynthia Bella baru-baru ini.

Menariknya, Alessya kini mula mempunyai peminat sendiri di Indonesia.

Sebuah akaun Instagram, @aleesyaholic diwujudkan khas oleh para peminat Indonesia yang meminatinya.

Dan dalam tempoh dua hari sahaja, @aleesyaholic telah diikuti lebih 5,000 pengguna laman Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata peminat kanak-kanak berusia 8 tahun itu menyamakan rupa parasnya dengan aktres terkenal Indonesia, Chelsea Islan.

Seorang pengguna Instagram, @chikamoetz menerusi akaunnya berkongsi perbandingan foto Aleesya dan aktres jelita tersebut sambil memberitahu wajah mereka yang saling tak tumpah iras satu sama lain.

anak erra fazira raih populariti di indonesia 2

Anak bonda (Bella) kembarnya kakak Chelsea, semoga apabila besar nanti mampu menjadi gadis yang cantik wajah dan hatinya. Jadi gadis yang kuat dan sabar seperti bonda serta anak yang taat agama seperti ayah E (Engku).

Kapsyennya mendapat sokongan para peminat di ruangan komen yang tidak mampu menafikan kenyataan itu.

@jefrinaldi07: Satu versi kecil, satu versi dewasa.

@shivakemmedy: Dari awal aku lihat mirip sangat. Cantik.

@papasyukron: Mirip sangat dengan Chelsea.

@myramaritza: Mini Chelsea Islan.

@jyp_pakpahan: Boleh buat filem versi kecil dan dewasa.

Sehingga kini, kiriman yang menjadi tular itu telah meraih lebih 7,500 tanda suka dan 160 komen.

Mungkinkah Aleesya akan mengikuti jejak populariti Erra apabila dewasa kelak? Sama-sama kita nantikan.

anak erra fazira raih populariti di indonesia 3

anak erra fazira raih populariti di indonesia 4

Kredit foto: Instagram Chikamoetz



Hakcipta iluminasi.com (2017)