Oleh pada 04 Jan 2018 kategori

Kredit foto: yanafmc.blogspot.my

"Kalau inginkan penjelasan mengenai isu hutang Shahir, tolong tanya sendiri dengannya."

Demikian jawab aktres Erra Fazira apabila diminta mengulas isu hutang temannya, penyanyi Shahir Zawawi.

Sebelum ini, Shahir atau nama lahirnya Ahmad Shahir Zawawi menggemparkan industri hiburan kerana didakwa melarikan diri daripada membayar hutang.

Seterusnya, isu hangat bintang AF Megastar itu tiba-tiba sepi apabila beliau bertindak 'menyembunyikan diri' daripada media.

Malah penyanyi itu turut dikaitkan dengan kontroversi hubungan cinta bersama seorang pramugari dikenali sebagai Mona Syamimi.

Erra yang ditemui mengatakan dirinya tidak ambil tahu hal peribadi Shahir termasuk isu hutangnya dengan pihak tertentu, walaupun dalam masa sama masih berkawan dengan jejaka itu.

“Hal ini bukan masalah saya, seharusnya pihak media tidak bertanya mengenainya kepada saya. Tanyalah sendiri dengan Shahir,” tuturnya.

Erra turut berkata, tumpuannya kini beralih kepada perkembangan karier seni sempena kemunculan tahun 2018 dengan memilih Mind Order Managemant Sdn Bhd sebagai syarikat pengurusan baru.

“Selepas 25 tahun, buat pertama kali saya memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan. Ini menunjukkan betapa saya serius untuk membangunkan kerjaya seni sempena kedatangan 2018,” jelasnya.

Kata Erra, dia berasakan sudah sampai masa untuk bekerja dengan pasukan pakar yang mampu mengendalikan hal ehwal karier seni dan jenama beliau dalam industri hiburan.

“Saya sangat teruja dengan pelbagai perancangan yang sudah dirangka untuk saya khususnya dalam bidang lakonan dan nyanyian. Mereka juga membantu saya dari aspek produk dan penjenamaan saya,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)