Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/iamkumbre & Instagram.com/laudyacynthiabella

Engku Emran yang juga merupakan bekas suami primadona filem, Erra Fazira yang kini berusia 42 tahun bakal berkahwin dengan seorang aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella (29 tahun) pada pertengahan bulan hadapan.

Menurut sumber terdekat, mereka juga dilaporkan tidak melalui fasa pertunangan tetapi akan terus bernikah dalam majlis yang akan diadakan dengan penuh sederhana.

Tambahnya, pasangan itu juga memilih untuk melangsungkan pernikahan mereka di Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup yang bakal berlangsung di sebuah lokasi rahsia sekitar Kuala Lumpur.

Segala persiapan sedang diatur. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.


Keluarga Bella dari Indonesia juga akan bersama-sama untuk meraikan hari bahagia kedua-dua mereka .


Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra.

Untuk pengetahuan, Emran dan Laudya sudah melalui tempoh perkenalan sejak 5 bulan yang lepas dimana mereka diperkenalkan oleh pelakon Nora Danish. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan sama padan ini.

Sumber berita: Utusan Online & myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)