Oleh pada 16 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @imkoombre

       

Engku Emran meluahkan pendapat yang berbeza tentang Erra Fazira walaupun bekas isterinya itu berdepan kecaman segelintir netizen rentetan persengketaan yang tercetus dengan Datin Seri Umie Aida.

Secara berkias, Engku Emran memberitahu, dia mahu anaknya, Aleesya membesar dengan keperibadian yang indah, sama seperti Erra.

“Ayah akan sentiasa doakan awak akan membesar menjadi seorang wanita yang cantik luar dan dalam.

“Sama seperti mama (Erra) dan bunda (Laudya),” coretnya menerusi perkongsian Instagram.

        

engku emran beri sokongan pada erra fazira 2

Kredit foto: Instagram @imkoombre

      

Engku Emran terlebih dahulu mendiamkan diri daripada radar media sosial apabila kali terakhir berkongsi status di laman terbabit pada 28 Disember tahun lalu.

Status terkini ini dilihat seakan memberi sokongan moral kepada Erra membabitkan isu perang dingin jandanya itu dengan Umie.

Semalam, menerusi sebuah video pendek dimuat naik Umie di Instagram (IG) stories, kelihatan pelakon filem Dukun itu bertemu empat mata dengan Erra sebelum saling berpelukan seolah meleraikan isu perselisihan faham yang timbul.

Mengiringi perkongsian, kapsyen yang ditinggalkan berbunyi:

"Semua salahkan aku.. kerana tak maafkan dia. Ya Allah.

"Sekian terima kasih.. dan harap warganet tidak bercakap mengenai isu ini lagi. Semoga kita semua dalam rahmatnya. Amin".

Sekadar info, dua primadona Malaysia ini sudah berkawan baik sejak zaman bangku sekolah lagi iaitu ketika sama-sama menuntut di SMK Puteri Melawati, Kuala Lumpur. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)