Oleh pada 19 May 2017 kategori

erra fazira jawab isu jodoh 1

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Primadona Erra Fazira menegaskan tumpuan hidupnya kini tidak lagi diberikan kepada soal cinta dan jodoh.

Jelas Erra, ketetapan jodoh adalah di luar kuasanya, justeru dia hanya mampu menurut takdir yang telah ditetapkan.

erra fazira jawab isu jodoh 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Bukan saya tak mahu fikir mengenai soal cinta, tetapi saya sudah pasrah. Saya sudah tidak mahu meletakkan fokus terhadap perkara tersebut. Sebagai seorang wanita, jodoh bukan urusan saya. Saya redha menerima ketentuan jodoh, cepat atau lambat. Kalau saya mahu menanti jodoh, sampai bila?

Sumber: Astro Gempak

Menurut Erra, fokusnya kini dihalakan kepada kerjaya seni dan dunia perniagaan yang diceburi. Dalam soal kehidupan lain, dia hanya mahu mengambil pendirian untuk 'go with the flow'.

erra fazira jawab isu jodoh 3

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada apa yang sudah ada di depan mata, seperti karier dan bidang perniagaan. Sebagai manusia, semuanya pasti ada keinginan untuk berpasangan. Namun begitu, jodoh bukan urusan manusia untuk menentukan. Sebagai manusia biasa, ada baiknya saya serahkan kepada ketentuan takdir. Saya mahu 'go with the flow' sahaja.

Sumber: Astro Gempak  

Sebelum ini, Erra pernah dikaitkan dengan Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan, Shahir Zawawi, namun kedua-dua mereka sering mengelak daripada mengulas lanjut tentang hubungan berkenaan. 


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)