Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi 

Selama tiga tahun menyepi daripada industri hiburan, penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan berat badannya pernah meningkat sehingga ke 90 kilogram.

Akui Shahir, dalam tempoh tersebut dia sibuk dengan aktiviti perniagaan hingga terlupa untuk menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Hanya kerana ingin kembali bergiat dalam dunia seni, Shahir terpaksa mengembalikan bentuk asal tubuhnya. Kini Shahir berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 20 kilogram. 

erra fazira jadi motivasi shahir turunkan berat badan 2

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Waktu saya berehat dari bidang seni selama tiga tahun untuk menguruskan perniagaan, berat saya pernah mencecah sehingga 90 kilogram. Berat badan saya naik kerana saya sudah lagi tidak muncul di kaca televisyen dan aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu. Saya akui, saya bergelut untuk menurunkan berat badan. Saya berusaha bersungguh-sungguh mengawal pemakanan dan bersenam.  

Sumber: Astro Gempak

Enggan berselindung, Shahir mendedahkan aktres Erra Fazira adalah antara motivasi yang membantunya dalam proses penurunan berat tersebut. 

erra fazira jadi motivasi shahir turunkan berat badan 3

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Erra Fazira merupakan antara insan yang banyak memberikan galakan dan dorongan kepada saya sepanjang proses untuk mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, berat badan saya kini sudah turun sebanyak 20 kilogram. Saya sudah bersedia untuk kembali ke arena seni dan saya berharap agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya.

Sumber: Astro Gempak

Shahir adalah bintang kelahiran program realiti televisyen Akademi Fantasia Musim Kelapan. Sebelum kehilangannya daripada industri hiburan, beliau pernah muncul dengan beberapa buah lagu popular, antaranya Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Luar Biasa, Pendam dan Aku Yang Berdosa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)