Oleh pada 16 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Girl Boss 

Sebelum ini, penyanyi Shahir ada membuat beberapa kenyataan akan hubungannya bersama aktres Erra Fazira. Bukan sahaja mengesahkan hubungan cinta yang terjalin, malah Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu enggan melengahkan lagi perancangan untuk menikahi Erra. 

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 2

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 3

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 4

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi 

Sebagai kesinambungan kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan, dua hari lalu Shahir memuat naik beberapa keping foto majlis berbuka puasa yang dihadirinya bersama buah hatinya itu.

Berpakaian hijau sedondon, ini adalah kemunculan sulung mereka di khayalak sebagai pasangan kekasih.

Bukan sahaja menjadi tumpuan di majlis tersebut, malah mereka turut menjadi bahan usikan netizen di laman sosial.

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 5

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 6

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Shahir Zawawi 

Apabila sudah tidak lagi berahsia sebegini, tiada lagi cakap-cakap belakang yang akan mempersoalkan status hubungan tersebut. Apa yang tinggal di bibir para peminat hanyalah doa agar pasangan ini dipermudahkan urusan menuju ke jinjang pelamin. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)