Oleh pada 06 Nov 2017 kategori

selepas mona syamimi lagi wanita tampil dakwa ditipu shahir 1

Seorang wanita dikenali sebagai Raudhatul Ain Rosli tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan Shahir Zawawi.

Dalam beberapa siri kiriman status yang dimuat naik di laman Facebook itu, Raudhatul Ain Rosli atau Ain melepaskan amarahnya kerana tidak mampu lagi bersabar selepas beberapa kali ditipu.

selepas mona syamimi lagi wanita tampil dakwa ditipu shahir 2 385

Jelas Ain, penyanyi berusia 29 tahun itu berkali-kali melanggar janji untuk melunaskan hutang hingga dia terasa seperti dianiaya.

selepas mona syamimi lagi wanita tampil dakwa ditipu shahir 3 602

Dakwaan itu turut disertakan dengan bukti perbualan Whatsapp, mendedahkan bagaimana beliau cuba menuntut hutang tetapi diendahkan bintang AF Megastar itu. 

selepas mona syamimi lagi wanita tampil dakwa ditipu shahir 4 812

Wanita ini masih dengan pendirian untuk mendapatkan kembali wangnya, serta hanya akan membuat permohonan maaf secara terbuka selepas penyanyi itu melangsaikan hutang berkenaan. 

selepas mona syamimi lagi wanita tampil dakwa ditipu shahir 5

Sehingga kini tiada kenyataan balas dikeluarkan daripada pihak Shahir.

Kredit foto & sumber berita: Facebook Raudhatul Ain Rosni

tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)