Oleh pada 04 Oct 2017 kategori

isu bergaduh dengan syarikat rakaman ini jawab shahir

Kredit foto: star2.com & Instagram Shahir

Penyanyi Shahir Zawawi menafikan wujud perselisihan faham antara dirinya dan syarikat Indigital Sdn Bhd.

Isu itu timbul apabila penyanyi itu dikatakan tidak lagi diuruskan oleh syarikat rakaman berkenaan.

Bagaimanapun Shahir yang masih lagi bertanding dalam rancangan realiti AF Megastar memberitahu dia tidak mempunyai perjanjian hitam putih atau mengikat sebarang kontrak dengan Indigital.

Malah syarikat itu hanya memberikan bantuan dalam persiapan setiap persembahannya menjelang konsert AF Megastar.

"Sebenarnya saya mempunyai pasukan kerja sendiri dan pembabitan Indigital hanya membantu supaya persembahan saya setiap minggu dalam program itu berjalan lancar," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Tiada isu tidak mengenang budi kerana bantuan daripada wakil syarikat terbabit juga dibuat atas dasar setia kawan.

“Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan kerana tiada perjanjian khusus dibuat di antara saya dengan Indigital,” tegasnya.

Sementara itu, ada dakwaan mengatakan kerjasama antara Indigital dan Shahir dilakukan atas nasihat teman rapatnya, aktres Erra Fazira.

Shahir memberitahu hubungannya dengan Erra juga masih berada dalam keadaan baik.

“Hubungan saya dengan Erra Fazira juga baik dan tiada perselisihan faham di antara kami,” katanya lagi.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)