Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Shahir

Baru sahaja diumumkan sebagai salah seorang peserta AF Megastar, penyanyi Shahir Zawawi dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang dalam persiapan berkahwin dengan aktres Erra Fazira.

Enggan gosip itu dipercayai, Shahir menegaskan tiada sebarang persediaan dibuat untuk majlis berkaitan.

Ini susulan pertandingan AF Megastar yang disertainya kini menuntut komitmen yang begitu besar.

shahir sudah buat persiapan kahwin 2

Kredit foto: Instagram Shahir

Belum ada sebarang persiapan. Belum lagi. Persiapan saya sekarang adalah untuk program AF Megastar. Komitmen saya untuk program ini sangat tinggi. Saya sudah mula berlatih untuk menghadapi konsert mingguan, Ahad ini.
Sumber: BH Online

Terdahulu, Shahir mempertaruhkan lagu popularnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan sebelum terpilih sebagai salah seorang peserta Konsert Mingguan AF Megastar.

Sementara itu, Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu meletakkan penghargaan kepada teman wanitanya, Erra yang banyak memberi tunjuk ajar untuk penyertaan dalam pertandingan itu.

Begitu juga dengan sokongan kuat keluarga serta orang terdekat sekeliling.

Demi perjuangan karier, dia terpaksa mengabaikan seketika hal peribadi yang tidak berkaitan.

shahir sudah buat persiapan kahwin 3

Kredit foto: Instagram Shahir

Mereka mendoakan yang terbaik buat saya. Erra turut memberi panduan dan nasihat berguna kerana dia sendiri pernah menjadi juri program AF sebelum ini. Malah Erra turut memberi kata-kata perangsang supaya saya dapat melakukan yang terbaik.
Sumber: BH Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)