Oleh pada 22 May 2017 kategori

shahir dedah status terkini hubungan dengan erra fazira 1

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Persoalan status hubungan yang terjalin antara pelakon Erra Fazira dan penyanyi Shahir Zawawi akhirnya terungkai apabila Shahir tampil dengan sebuah kenyataan yang mengejutkan para peminatnya.

Shahir mendedahkan hubungannya dan Erra kini berada dalam fasa serius dan sedang menanti waktu yang sesuai untuk mengakhiri zaman bujang mereka.

shahir dedah status terkini hubungan dengan erra fazira 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami. Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik.

Sumber: Astro Gempak

Shahir hadir memberikan sokongan di Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza (GGV) yang berlangsung Sabtu lalu.

Ditanya tentang kehilangannya daripada dunia hiburan, Shahir menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya merajuk.

shahir dedah status terkini hubungan dengan erra fazira 3

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi 

Saya hilang bukan sebab merajuk. Saya tidak tampil ke hadapan kerana saya menguruskan perniagaan di kampung halaman. Saya memang mengambil keputusan untuk tidak muncul dan mendiamkan diri dari bidang seni kerana saya sibuk menguruskan perniagaan. Aktiviti seni lebih tertumpu di Kuala Lumpur dan saya pula berada di kampung. Saya tidak mahu menyusahkan banyak pihak sekiranya saya gagal membahagikan masa dan komitmen. Kini saya bersedia untuk kembali ke persada hiburan. Ramai juga peminat yang menanti dan bertanya mengenai produk terbaru saya. Saya sudah mempunyai material untuk merakamkan lagu baru dan saya memohon doa peminat agar segalanya dipermudahkan.

Sumber: Astro Gempak


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)