Sumber foto: Instagram.com/ermafatima
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa syukur sebaik mendapat tahu adiknya, Betty Rahmad bakal berkahwin.
Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram pada Isnin lalu, Erma menulis kapsyen tentang rasa gembira akan berita yang sudah lama ditunggunya itu.
Alhamdulillah... sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima.
Allah ambil suamiku... Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku... @bettyrahmad Terima kasiih Allah.
Pada pagi Isnin, aktres Betty memuat naik foto dia telah menerima lamaran kekasihnya, Ardy Damis ketika makan malam di sebuah restoran di Bali, Indonesia.
Datin Umie Aida juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah apabila adik kesayangannya itu akhirnya bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Alhamdulilah... walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut.
Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis tahniah adikku .
Selain itu, beberapa rakan selebriti yang rapat dengan Betty turut meraikan berita gembira berkenaan serta mendoakan supaya semua urusan berjalan dengan lancar.
Untuk pengetahuan, Erma dan Bade Azmi disahkan bercerai dengan talak satu pada 17 Ogos lalu selepas menjadi pasangan suami isteri selama 26 tahun.
Sumber berita: mStar Online