Oleh pada 13 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Betty Rahmad & Instagram Erma Fatima

Adik kepada sutradara Erma Fatima, Betty Rahmad menjelaskan situasi sebenar berkenaan isu kakaknya mengambil penulisan individu lain di laman sosial. 

Dedah Betty, pelakon Mak Cun itu tidak mahir menggunakan Instagram hingga tidak mengetahui cara untuk memberikan kredit dalam status yang dimuatnaiknya.

"Cuba kamu semua lihat kiriman Instagram Erma Fatima, dia memang sejenis tidak tahu tag atau hastag. Sejenis buta IT, bukan niat dia nak mencuri artikel dan ambil kredit encik penulis.

"Dia dapat dari group WhatsApp lepas tu 'copy and paste' di Instagram tanpa fikir panjang," tulis Betty di akaun Instagram peribadinya.

Jumaat lalu, kiriman Instagram yang dikongsi Erma berkaitan kerajaan menjadi tular di media sosial.

Penulis asal status itu iaitu Khairul Abdullah menyelar tindakan Erma yang tidak memberikan kredit kepadanya.

Dalam pada itu, Betty berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri urusan melibatkan kakaknya itu.

erma fatima cedok penulisan berkaitan kerajaan betty rahmad buka mulut 2 51

Kredit foto: Instagram Betty Rahmad

"Maaf bukan nak menyibuk, perlu terangkan memandangkan kakak saya buta IT, IG stories pun tak tahu pakai. Yang dia tahu buat skrip guna laptop.

"Sangat old school tapi setakat ini tak ada curi skrip orang lain buat drama, itu pasti," beritahunya.

Di kesempatan sama, Betty yang juga usahawan muda ini mewakili Erma memohon maaf sekiranya Khairul berkecil hati dengan salah faham yang berlaku.

Dia juga menasihatkan Erma agar lebih berwaspada dengan kiriman yang bakal dimuatnaik akan datang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)