Oleh pada 21 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Youtube iM4U & Beautifulnara

"ALLAH mengetahui segala ketentuannya," dedah pelakon Erma Fatima.

Kapsyen tersebut disertakan dengan sebuah video pendek di laman Instagramnya yang mengundang rasa sebak netizen. Manakan tidak, Erma menyertakan beberapa klip kenangan bersama bekas suami, pengarah Bade Azmi.

Baru-baru ini industri hiburan telah digemparkan dengan berita perpisahan Erma dan Bade selepas 27 tahun melangsungkan perkahwinan.

Ini pastinya satu dugaan yang besar buat Erma, namun kami percaya beliau cukup kuat untuk menghadapinya.

Menerusi kiriman Instagram terbaru, pelakon itu kelihatan akur dengan ketentuan yang menimpa.

Nyata Erma tidak menyimpan dendam, malah mendoakan agar Bade dilindungi oleh Allah SWT.

"Tuhan jaga dia untukku," tulisnya di penghujung video yang dimuat naik.

Sayu sungguh apatah lagi Erma turut menyertakan video itu dengan lagu latar iringan iaitu Mikraj Cinta dendangan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sedih dengan penderitaan yang terpaksa ditanggung pelakon drama bersiri Mak Cun itu. Peminat setia tidak melepaskan peluang memberikan kata-kata semangat di ruangan komen.

berpisah dengan suami erma fatima akhirnya buka mulut 2

Kredit foto: Media Hiburan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kami doakan semoga Erma terus tabah, pasti ada hikmah yang menanti di hadapan. Di sini kami kongsikan video yang dimuatnaik Erma di Instagram. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)