Oleh pada 25 Dec 2017 kategori

erma fatima ulas isu perangai pelik iqram dinzly

Kredit foto: Instagram Erma Fatima & Instagram Iqram Dinzly

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima yakin segala spekulasi yang tersebar tentang perangai aktor Iqram Dinzly kebelakangan ini bukanlah seperti yang diwar-warkan.

Menerusi laman Instagram, Erma berkata, dia percaya Iqram mempunyai sebab tersendiri beraksi pelik di media sosial.

"Aku tak percaya! Biar apa pun kata mereka, aku tetap tak percaya.

"Di mana juga kau berada dik, akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan," tulis Erma.

Pada anggapan Erma, Iqram hanya sedang mempertontonkan kembali sikap jelik netizen yang gemar mengumpatnya di alam maya.

Dalam masa sama, Erma juga yakin Iqram adalah insan yang sama dikenalinya suatu ketika dahulu.

"Setiap kali akak tengok video live kau, setiap kali itu hati akak yakin bahawa kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.

"Maki hamun, keji mengeji, itulah kita. Terima kasih dik kerana mengingatkan kami tentang diri kami.

"Akak percaya, kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dahulu," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, para pengikut Erma bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.

Mereka juga berharap aktor itu berada dalam keadaan baik serta terus kuat menghadapi dugaan hidup.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)