Kredit foto: ammboi.com

Selepas 27 tahun hidup bersama, pasangan selebriti Erma Fatima dan Bade Azmi akhirnya memilih untuk mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Kira-kira jam 11.35 pagi semalam, Bade melafazkan cerai talak satu ke atas Erma di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

erma fatima dan bade azmi bercerai talak satu selepas 27 tahun perkahwinan 2

Kredit foto: Utusan Online

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991.

Sepanjang perkahwinan mereka memiliki lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

erma fatima dan bade azmi bercerai talak satu selepas 27 tahun perkahwinan 3

Kredit foto: Beautifulnara

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lagi wanita bernama Aida yang berasal dari Pahang dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak.

Untuk info, Erma pernah menfailkan penceraian pada tahun 2015, namun Bade berjaya memujuk Erma untuk menarik balik permohonan tersebut.

Apapun kami doakan yang terbaik buat Erma dalam kehidupan barunya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)