komen umie aida isu drama perempuan itu

Kredit: Instagram @umieaida9 & @ermafatima 

 

Berdepan kemelut drama Perempuan Itu, Erma Fatima terus-menerus diperkatakan sebagai antara individu bertanggungjawab bagi klip kontroversi yang mendapat liputan meluas di kalangan penggiat seni mahupun pihak luar.

 

Enggan berdiam diri, pelakon Umie Aida tampil membela kakaknya itu dengan memberitahu, Erma yang sedia maklum dengan kewujudan adegan itu berhasrat untuk memadamnya sebelum ia dikongsi di media sosial tanpa pengetahuannya.

  

 

"Sedari awal lagi, Erma luahkan rasa risau apabila melihat bahan visual drama ini yang terlalu berani. Saya berpesan, beliau sebagai penerbit perlu tegas dan mengarahkan penggambaran dilakukan mengikut landasan yang betul.

 

"Tambah mengecewakan, terdapat pihak yang sanggup mengeluarkan bahan visual dari editor tanpa keizinan pihak Erma yang mahu membuangnya," tulisnya.

 

Menganggap kesalahan sepatutnya diletakkan di bahu individu-individu sebenar yang terbabit, beliau memohon mereka tampil menjernihkan keadaan agar Erma tidak lagi dijadikan sebagai kambing hitam.

  

 

"Sebaik melihat video itu, saya terus beritahu Erma betapa terkejutnya saya. Dalam isu ini, beberapa pihak yang terlibat harus ke hadapan dan menjelaskan sebab adegan itu boleh menjadi sebegitu rupa.

 

"Antara skrip dan interpretasi pengarah berbeza. Lakon layar dibuat oleh pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit. Sebagai pelakon, mereka juga wajar menolak lakon layar yang di luar kewarasan," tegasnya.

 

Komen Pilihan

  

aksi panas zul ariffin

 

"Gunakan sedikit naratif dan ilustrasi sudah mencukupi untuk buat penonton faham dengan adegan tersebut," tulis seorang pengguna YouTube.

 

Sumber:

1. Instagram Umie Aida

2. YouTube Pierre Andre VLOG

3. Murai.my



Hakcipta iluminasi.com (2017)