Oleh pada 28 Mar 2018 kategori

Epidermodysplasia Verruciformis mungkin sejenis penyakit yang sangat jarang didedangari oleh kebanyakan manusia. Bukan sahaja namanya yang sangat panjang dan sukar disebut, penyakit ini sebenarnya hanya dihadapi oleh sebahagian kecil sahaja manusia.

Melihat kepada keadaan manusia yang mempunyai penyakit ini sahaja sudah menyeramkan. Mereka kelihatan seperti sebuah pokok hidup. Kebiasaannya, mereka yang mempunyai penyakit ini akan mempunyai bahagian tangan atau/dan kaki yang mempunyai tekstur dan bentuk seperti sebuah pokok.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Epidermodysplasia Verruciformis dikaitkan dengan penyakit berkaitan kulit. Pesakit yang mempunyai penyakit ini juga dikatakan mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai penyakit kanser kulit.

Pesakit yang menghidapi penyakit ini kebiasaan akan mempunyai ketumbuhan seakan-akan ketuat di beberapa bahagian badan mereka. Lama-kelamaan, ketumbuhan ini akan makin membesar dan merebak ke kawasan sekitar, menjadikan anggota badan tersebut kelihatan seperti kayu pokok. Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai penyakit ini juga digelar sebagai "manusia pokok".

Kaedah perubatan menangani penyakit Epidermodysplasia Verruciformis

xray epidermodysplasia verruciformis

Buat masa ini, tidak ada rawatan khusus yang dapat menangani penyakit ini. Diagnosis awal sangat penting agar mereka yang mempunyai tanda-tanda pada peringkat awal boleh dilakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan penyakit ini.

Menurut rekod, dianggarkan hanya 600 rekod dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia. Salah satu sebab mengapa penyakit ini jarang didengari adalah kerana ianya berkait rapat dengan kombinasi unik genetik pesakit yang menghadapinya.

Selain itu, pakar perubatan juga berkata penyakit ini juga mungkin disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV). Pesakit yang mempunyai penyakit epidermodysplasia verruciformiswart juga dikatakan mempunyai mutasi genetik yang menyebabkan mereka tidak mempunyai imunisasi badan yang kuat untuk melawan serangan virus HPV ini.

Membuang ketumbuhan akibat penyakit Epidermodysplasia Verruciformis

penyakit pelik

Ketumbuhan yang tumbuh pada anggota badan penghidap penyakit ini juga jika dibiarkan akan semakin membesar. Malah, ianya juga menyakitkan dan akan mengehadkan pergerakan anggota badan yang terlibat.

Untuk mengubati penyakit ini, doktor akan membuang anggota ketumbuhan yang ada pada pesakit. Salah seorang pesakit ini yang pernah mendapat perhatian media massa adalah Mohammed Taluli yang berasal dari Gaza. Menariknya, pembedahan tersebut telah dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dari Hadassah University Medical Center, Israel.

Setelah pembedahan membuang ketumbuhan tersebut berjaya dilakukan, para doktor kemudiannya terpaksa mengambil kulit daripada bahagian anggota badan lain bagi menutup bahagian kulit yang sudah dibuang.

Walaupun secara teorinya penyakit ini tidak boleh berjangkit melalui sentuhan kulit, pasukan doktor yang terlibat telah mengambil keputusan untuk memakai dua lapisan sarung tangan dan penutup mulut khas bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan daripada pesakit.

Penyakit ini mula diketahui ramai apabila beberapa dokumentari mengenainya dipaparkan di televisyen. Pada 2007, telah tersebar sebuah dokumentari oleh rancangan Discovery Channel yang memaparkan kisah seorang warga Indonesia, Dede Koswara yang menjalani pembedahan untuk penyakit peliknya itu. Kisanya juga pernah dipaparkan oleh siaran televisyen ABC dalam sebuah dokumentari bertajuk Medical Mystery: "Tree Man".

Kredit: 

  1. Science Direct
  2. Daily Mail
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)