Majoriti tumbuhan mempunyai bentuk yang unik serta merangkumi apa yang kita faham sebagai tumbuhan, berikutan ciri-cirinya seperti berdaun, berdahan, berakar dan sebagainya.

Bagi sekumpulan tumbuhan unik, tumbuhan itu mempunyai ciri-ciri yang agak mirip dengan manusia, sama ada daripada figura menyerupai lembaga manusia sehinggalah menyerupai organ sulit baik lelaki atau wanita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lapan tumbuhan yang mempunyai rupa bentuk yang ada menyerupai manusia. Ingat ya, ini artikel ilmiah jadi sebarang ketidakselesaan yang anda rasai sebagai pembaca, kami dahulukan dengan ucapan minta maaf banyak-banyak.

1. Snapdragon kering mirip tengkorak

tumbuhan menyerupai manusia

Antirrhinum majus adalah tumbuhan berbunga yang mberasal dari wilayah Mediterranean dan selatan Eropah, telah tersebar ke seluruh dunia. selepas penjajah membawa tumbuhan ini ke benua Amerika.

Tumbuhan herba ini tumbuh sehingga 1 meter tinggi dinamakan sempena nama haiwan "snapdragon" kerana sifat bunganya. Apabila bahagian "tekak" bunga ini dipicit, "mulut" bunga akan terbuka seperti mulut naga.

Snapdragon kering digunakan sebagai tumbuhan hiasan ditanam sebagai tumbuhan bermusim. Bunga-bunganya datang dalam pelbagai warna. Menariknya, kapsul buahnya sangat menyerupai tengkorak manusia selepas kering.

2. Bunga bibir Mick Jagger?

daun berbentuk bibir mick jagger hot lips

Palicourea elata adalah tumbuhan tropika yang biasanya dirujuk sebagai "hot lips," "hooker’s lips," atau bahkan "Mick Jagger’s lips" sempena nama vokalis kumpulan legenda Rolling Stones.

Tumbuhan ini berasal dari kawasan hutan hujan di benua Amerika Tengah dan Selatan, seperti Costa Rica, Ecuador, Panama, dan Colombia yang menyesuaikan diri dengan baik dalam iklim sederhana.

Ciri paling menonjol tumbuhan ini adalah sekumpulan daunnya yang berwarna merah terang menyerupai sepasang bibir manusia. Palicourea elata biasanya tumbuh sebagai pokok renek di lapisan bawah hutan hujan, mencapai ketinggian 1 hingga 3 meter. Malangnya akibat penebangan hutan tidak terkawal, tumbuhan yang menarik ini kini terancam di habitat asalnya.

3. Tumbuhan orkid yang berbogel

pokok orkid mirip lelaki

Orchis italica biasanya dikenali sebagai orkid lelaki bogel (naked man orchid) atau orkid Itali, adalah spesies berasal dari kawasan cerah kawasan Mediterranean.

Tumbuhan bermusim ini mendapat namanya daripada bibir labellum setiap bunga, yang menyerupai bentuk seorang lelaki bogel. Tak perlulah kami hurai lagi ya! Penampilan unik orkid ini telah mencetuskan banyak cerita rakyat dan kepercayaan nenek moyang di Itali, di mana ada yang percaya memakan tumbuhan ini mampu meningkatkan tahap kejantanan seseorang.

Orchis italica tumbuh subur kawasan tanah yang rendah nutrien, berbunga sekitar bulan April. Saiz pokoknya rendah hanya sekitar 50 sentimeter tinggi. Anda boleh menemui Orchis italica dalam kelompok besar di seluruh rantau Mediterranean, termasuk sekitar Eropah, Asia barat dan Afrika utara.

4. Tumbuhan paling digemari wanita gatal

tu buhan yang bentuknya unik

Nepenthes bokorensis adalah tumbuhan periuk kera tropika yang endemik di Kemboja, tumbuh subur sekitar Gunung Bokor (juga dikenali sebagai Phnom Bokor dalam bahasa tempatan) di bahagian selatan negara ini.

Oleh kerana kawasan asalnya itulah, nama saintifik yang diberi “bokorensis” sebagai penghormatan kepada Gunung Bokor dan Taman Negara Bokor yang menjadi lokasi terawal tumbuhan ini ditemui.

Secara rasmi direkodkan hpada tahun 2009, N. bokorensis bagaimanapun telah ditemui lebih awal sekitar awal abad ke-20. Tumbuhan memanjat ini boleh mencapai ketinggian sehingga 7 meter dan mempunyai bunga yang agak unik....rasanya anda boleh nampak sendiri 'keunikannya.'

Selain N. bokorensis, satu lagi spesis tumbuhan mirip adalah N. holdenii. Kedua-duanya mempunyai bentuk yang menyerupai organ manusia yang serupa...hahaha.

5. Hydnora Africana - tumbuhan yang membuatkan lelaki kurang selesa

tumbuhan menyerupai organ wanita

Tak adillah kalau kami senaraikan tumbuhan yang digemari wanita gatal, tanpa berkongsikan tumbuhan yang digemari lelaki gatal sekali. Kenapa? Biarlah gambar di atas berbicara sendiri.

Hydnora africana ydikenali sebagai “jakkalskos” dalam bahasa tempatan adalah tumbuhan berasal dari benua Afrika yang bersifat parasit. Berbeza dengan kebanyakan tumbuhan, Hydnora africana tidak melakukan fotosintesis sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada tumbuhan perumahnya, untuk mendapatkan nutrien.

Muncul di atas tanah selepas hujan lebat, tumbuhan ini mengeluarkan bau yang menyerupai najis, menarik serangga seperti kumbang tahi dan kumbang bangkai menghinggapinya lalu memerangkap serangga itu.

Mungkin selepas mempelajari tentang tumbuhan ini, kita lebih memahami makna tersirat peribahasa 'bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor' dengan baik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)