Kredit foto: malaysiandigest.com
Engku Emran selamat bernikah dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella (29 tahun) dengan cuma sekali lafaz pada sekitar jam 6.57 petang tadi di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
Majlis yang dilangsungkan secara sederhana itu menyaksikan kehadiran ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua pasangan. Majlis resepsi juga diadakan pada sebelah malam.
Antara rakan artis yang hadir ialah Melly Goeslow, Irwansyah dan Teuku Wisnu, serta Nora Danish dan Nedim Nazri.
Pemilik nama sebenar Engku Emran Engku Zainal Abidin (42 tahun) itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, 5 dulang hantaran serta dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Mengulas lanjut mengenai pernikahan tersebut, Engku Emran berharap ianya dapat menjawab segala spekulasi tentang status sebenar hubungan mereka yang terdahulu didedahkan oleh media.
Terima kasih kerana memberikan ruang kepada kami untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.
Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat .
Sementara itu, Erra Fazira yang merupakan bekas isteri Engku Emran turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu menerusi Instagramnya.
Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin.
Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! 😙😙😙.
Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. 😉😁 Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh 😙😙
Sumber: Instagram.com/errafazira
Sumber berita: mStar Online