Kredit foto: Instagram Laudya Cynthia Bella
Aktres Laudya Cynthia Bella dikatakan sudah hamil selepas sebulan mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 8 September lalu.
Berita itu didedahkan portal Detik Hot yang turut mendapatkan jawapan Bella berhubung khabar angin yang bertiup kencang ini.
Bagaimanapun aktres itu dilihat enggan mengulas lanjut dakwaan berkenaan.
Dalam kenyataannya, Bella tidak menidakkan soalan tersebut, dalam masa yang sama meminta peminat mendoakannya.
"Alhamdulillah, Amin. Belum lagi. Khabar itu (hamil) doa untuk saya. Saya tidak mahu mengiyakan mahupun menidakkan," katanya.
Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu ditemui di kedai keknya iaitu Bebelly Bakery terletak di Jakarta baru-baru ini.
Terdahulu, pasangan Engku Emran dan Bella bernikah di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 September.
Sumber berita: Detik Hot