dayana roza selamat jalani pembedahan

Sumber foto: sinar.fm

Selepas Jihan Muse, kini seorang lagi selebriti iaitu pelakon Dayana Roza terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks. Pemilik nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin ini menceritakan pengalaman kali pertamanya memasuki bilik pembedahan.

Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam D (Dayana) selamat buang apendik. Ini adalah apendik jahat yang menyakitkan itu... terima kasih semua yang tak putus mendoakan.

Menurut Dayana lagi, keadaannya kini semakin beransur pulih selepas selamat menjalani pembedahan tersebut pada Isnin lalu. Tambahnya, penyakit itu mungkin datang sebagai ujian untuk menghapus dosa kecilnya.

Alhamdulillah, orang kata sakit penghapus dosa kecil. Ini dugaan untuk D jatuh sakit ketika tengah bekerja dan harapnya saya cepat sembuh dan dapat kembali masuk set penggambaran #seputihcintarangbulan. Amin.

Bekas peserta program Anak Wayang siaran Astro itu turut memuatnaik gambarnya yang terlantar di atas katil hospital selain keadaan apendiknya yang sudah dibuang. Pengikut pelakon berumur 26 tahun itu memenuhi ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat supaya dia kembali sembuh seperti sediakala.

Kredit foto: Instagram.com/dayanarozaa

Sumber berita: mStar Online & myartis.com


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)