Oleh pada 22 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram.com/fatinafeefa

Terdahulu, seorang wanita menerusi Twitter telah antara lain mendakwa pelakon Fatin Afeefa menjalin hubungan bersama suaminya dalam sebuah gambar bercium yang tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal Kosmo Online, Fatin memberitahu dia tidak pernah merampas suami orang dan menyuruh pihak yang membuat dakwaan itu menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Menurut aktres 'Tentang Bulan' itu, jika semua hal tersebut betul, wanita berkenaan perlu dedahkan identiti dan tidak terus berselindung menggunakan akaun palsu bagi mengesahkan segala tuduhan yang dilemparkan.

Pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin (23 tahun) itu turut mempersoalkan tujuan individu itu selain mengakui tidak pernah mengganggu mana-mana pihak.

Menerusi kenyataan itu, wanita tersebut turut mendakwa Fatin dan suaminya itu telah tinggal bersama.

Fatin juga dikatakan terdahulu berjanji untuk mengakhiri hubungan dengan suaminya, namun tidak menepati janjinya.

Pada ketika ini, Fatin tidak mahu mengulas panjang lebar tentang cerita peribadinya, sebaliknya mahu fokus terhadap kerjaya sebagai pelakon drama.

Selain itu, nama Fatin sebelum ini juga dilanda kontroversi kerana didakwa telah menyihir bekas suaminya yang juga seorang aktor, Adam Shahz.

Sumber berita:

1. Myartis.com

2. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)