Oleh pada 02 Mar 2017 kategori

isteri bawa suami ke neraka

"Menutup aurat itu adalah wajib," kata Ustaz itu.
"Mana-mana suami atau bapa yang membiarkan anak atau isterinya mendedahkan aurat di khalayak ramai, maka dia akan diazab juga bersama anak atau isterinya di neraka nanti," sambung Ustaz itu.
"Ustaz tuhan ke nak tentukan syurga neraka?" tiba-tiba bertanya seorang lelaki. "Ustaz siapa nak tentukan syurga neraka?"
Ustaz itu tersenyum.
"Awak tau kan hukum menutup aurat?" tanya Ustaz itu balik.
"Tau Ustaz," jawab dia.
"Apa hukum dia?" tanya Ustaz itu lagi.
"Wajib," jawab dia.
"Dah tu macam mana lagi?" tanya Ustaz itu.
"Siapa Ustaz nak kata orang yang tak buat masuk neraka?" tanya lelaki itu, tak puas.
"Yang saya tahu, kalau benda dah wajib, kalau tak buat, saya masuklah neraka. Kalau saya tak masuk neraka, itu Allah swt punya kuasa la," jawab Ustaz itu.
"Ustaz tak boleh nak menerakakan orang Ustaz. Ustaz pun manusia biasa, tak sempurna," balas lelaki itu.
"Sebab tu saya buat benda wajib, sebab saya tau saya tak sempurna, yang elok semua Dia aja, jadi saya buatla perintah Dia sebab Dia kata tak buat, masuk neraka," jawab Ustaz itu.
"Bukan kuasa Ustaz nak tentukan syurga neraka Ustaz," kata lelaki itu.
"Betul. Bukan juga kuasa kita nak elakkan buat benda wajib ni, Tuan," kata Ustaz itu. "Dah jelas, ada perbuatan menjurus ke neraka, tak elok la kot kita nak kata benda tu semua tak apa."
"Lagipun, takkan la saya nak ajar orang ramai tak apa la bukak aurat, mana lah tau Allah ampun dosa anda semua," kata Ustaz itu sambil meneguk air. "Bukak la baju tu, tak apa aih!"
Lelaki itu diam.
"Sayang bini ni, bukan sekadar bagi hadiah kat dia aje, Tuan," kata Ustaz itu lalu tunduk merenung kertas di hadapannya.
Lelaki itu duduk semula.

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)