Oleh pada 17 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Catriona Ross

Aktres Catriona Ross menegaskan, gosip kononnya dia sudah bercerai dengan suami adalah khabar angin semata-mata.

Berkaitan spekulasi itu, Catriona, 37, akui sudah dua kali dihinggap dakwaan mengatakan rumah tangganya berantakan hingga membawa kepada perpisahan.

"Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai?

"Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga," katanya memetik laporan Harian Metro.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland itu menganggap ada pihak yang tidak senang melihat keutuhan mahligai rumah tangga yang dibina sejak sembilan tahun lalu itu.

dikatakan sudah bercerai ini jawab catriona ross 2

Kredit foto: Instagram Catriona Ross

"Saya sudah lama terbabit bidang seni. Bila saya berjaya menguruskan badan dan kembali aktif berlakon, saya tidak dapat mengelak bila nama dikaitkan dengan gosip rumah tangga yang bermasalah kerana bukan semua orang sukakan saya.

"Jika benar, dakwaan saya sudah bercerai, saya tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis seperti sekarang. Lebih baik saya berkurung di rumah saja," katanya.

Hakikatnya, Catriona yang mesra disapa Cat memaklumkan, perkahwinannya baik-baik sahaja di ketika ini.

"Saya dan suami baru kembali dari bercuti bersama sama di Hong Kong pada penghujung Februari lalu.

"Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara?.

"Ia seperti percutian bulan madu sekali gus mengeratkan lagi ikatan rumah tangga sedia ada," katanya.

Catriona mengaku, antara dirinya dan suami tidak gemar mempamerkan aksi mesra di hadapan umum.

"Saya tidak perlu bersikap romantik atau mencium suami depan orang ramai. Cukuplah kami bermesra dan romantik bila di rumah saja.

"Mungkin orang nampak kami renggang kerana suami sibuk dengan karier selaku pengarah. Manakala, saya sibuk sebagai pelakon di lokasi penggambaran," katanya.

Catriona mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin, 38, pada tahun 2009 dan sehingga kini memperoleh tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, 7, Jamal Raess, 5, dan Edruce Riyadh, 2.




Hakcipta iluminasi.com (2017)