Oleh pada 21 Jul 2019 kategori

lagu baru dikatakan sindir aliff aziz ini jawab baby shima 1

Kredit foto: Instagram @babyshimaofficial & Instagram @aliffaziz91

      

Penyanyi Baby Shima menolak dakwaan lirik lagu baharunya, Pura-Pura Bujang ditujukan buat Aliff Aziz seperti dianggap segelintir pihak.

Sungguhpun penceritaan lagu itu mempunyai persamaan dengan kontroversi ditimbulkan bekas suami penyanyi Bella Astillah itu, Baby Shima bagaimanapun berkata, ia tidak mempunyai pertalian sama sekali.

“Lagu Pura-Pura Bujang ini mengisahkan seorang suami ‘buaya darat’ yang sudah pun mempunyai anak tetapi selalu bersikap curang dengan isterinya yang selalu taat dan setia. Pendek kata, dia selalu mengkhianati kepercayaan isterinya.

“Sejujurnya lagu ini bukanlah ditujukan atau bertujuan untuk menyindir Aliff Aziz. Tidak sama sekali.

“Mungkin kontroversi Aliff Aziz yang lalu membuatkan ada yang mengaitkan lagu ini dengannya.

”Sebenarnya, lagu ini ditujukan buat mana-mana suami yang suka curang secara umum, bukan khas buat Aliff,” kata Baby Shima kepada portal MHE TV.

Terdahulu, single ciptaan sepenuhnya Ezra Kong itu dikaitkan dengan kontroversi Aliff yang sebelum ini dicanang mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita termasuk selebriti.

Dalam pada itu, Baby Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashimah Ramli, 26, menaruh harapan untuk melihat kejayaan single terbaharu itu, sekaligus berharap peminat muzik tempatan menyukainya.

      

lagu baru dikatakan sindir aliff aziz ini jawab baby shima 2

Kredit foto: Instagram @babyshimaofficial

        

“Alhamdulillah..nama saya semakin dikenali di negara sendiri walaupun tidaklah sehebat penyanyi muda lain.

“Terima kasih kepada syarikat rakaman Music Valley yang memberi peluang kepada saya merakamkan lagu Pura-Pura Bujang ini.

“Diharapkan lagu ini dapat diterima baik oleh peminat-peminat di sini,” katanya.

Lain-lain lagu pernah dipopularkannya seperti Sirna, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88) dan Manis-Manis Cinta (duet bersama Syafiq Farhain).

     

Sumber berita: MHE TV



Hakcipta iluminasi.com (2017)