Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Sumber foto: mukahpages.blogspot.com

Single jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang berjudul 'I Am Me' nampaknya mendapat sambutan luar biasa dan menjadi siulan orang ramai biarpun baru dilancarkan 2 minggu lepas. Banyak video parodi yang dihasilkan oleh selebriti tempatan dan para netizen menjadikan lagu tersebut suatu fenomena yang tersendiri.

Ditanya mengenai sambutan memberangsangkan terhadap 'I Am Me', Datuk Seri Vida menganggap kejayaannya menempa nama sebagai seorang penyanyi merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.

Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.


Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi.

Bahkan, usahawan yang berasal dari Machang, Kelantan itu juga bercita-cita untuk menjadi seorang komposer selepas video single pertamanya itu ditonton mencecah 2.6 juta kali sehingga kini. 

Ini bukan bermaksud saya akan tinggalkan bidang perniagaan. Tapi semuanya dilakukan demi mencari idea baru dalam mengetengahkan produk saya di peringkat global.


Saya tahu lagu mana yang saya nak, saya kumpul-kumpul kemudian saya suruh orang lain compose. Saya bukan pandai main (alat muzik) apa pun tapi saya tahu apa yang saya nak .

Malah, Datuk Seri Vida juga mahu menghasilkan lirik lagu untuk selebriti lain selain dirinya sendiri. Beliau memilih Janna Nick sebagai pilihan utama untuk menyanyikan lagu sulung yang bakal diciptanya kelak.

Kalau kita tengok sekarang susah nak cari artis yang ada persamaan macam saya, seorang yang 'gila-gila' dan happy go lucky.


Kalau boleh saya nak cari pelakon tapi boleh jadi penyanyi. Saya nak Janna Nick sebab dia ada perangai 'gila-gila' .

Pemilik nama sebenar Datuk Seri Hamiza Othman itu 'mencabar' penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu tersebut.

Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.


Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula .

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)