Kredit foto: Malay Mail Online
Biarpun baru sahaja bercerai, Datuk Seri Vida tidak mahu bersedih, sebaliknya terus menjalani kehidupannya seperti biasa.
Bagaimanapun, Datuk Vida berasa kesal apabila terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan atas perceraiannya itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini.
Untuk pengetahuan, Datuk Vida dan Fairuz disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak pada 7 April lalu kerana tiada persefahaman.
Sumber: Harian Metro & Beautifulnara