Kredit foto: News Straits Times
Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida?
Lihat sahaja acara hiburan besar seperti Gegar Vaganza dan Anugerah Juara Lagu, kemunculannya memang begitu sinonim!
Merupakan anak jati Kelantan, dilahirkan di Machang, jalan kehidupannya mempunyai cerita tersendiri sejak zaman muda lagi, sebelum mencipta nama.
Dari kisah dua zuriatnya yang terkorban dek kerana tragedi ngeri kebakaran di bulan Ramadhan hinggalah kisah kempen promosi niaga agresif yang menjadi bahan gurauan dan cemuhan.
Sedikit sejarah lampau hidupnya - pernah membuat kuih lapis untuk dijual sewaktu zaman persekolahan, darjah lima. Di tingkatan satu pula, dia gigih menjual alatan kosmetik.
Merupakan graduan Fakulti Pendidikan Universiti Sains Malaysia yang pernah memikul tugas sebagai pendidik. Mengajar secara profesional dalam tempoh 12 tahun! Antaranya di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam di Ipoh, Perak.
Merupakan guru subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Moral dan pelbagai lagi.
Sebelum mahir dalam perniagaan, beliau pernah mengalami kerugian beratus-ratus ribu duit simpanan yang dikumpul bertahun lamanya, gara-gara pengiklanan produk perniagaan yang tidak berkesan.
Khas buat anda, berikut kami kongsikan 3 foto Vida sewaktu zaman mudanya.
Kredit foto: jubahsemalam.com
Sumber berita: In Trend