Oleh pada 22 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Alha Alfa

    

Jurusolek dan usahawan kosmetik ternama, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau nama komersialnya, Alha Alfa, 32, didakwa sudah bercerai dengan isterinya, Noor Azlin Ismail, 24.

Gosip itu didedahkan oleh penulis ruangan hiburan, Cik Pang menerusi laporan Harian Metro.

"Serba salah Cik Pang nak mulakan cerita sensasi ini, jujur Cik Pang terkejut ketika menerima berita ini daripada seorang teman.

"Apa tidaknya, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tahun lalu namun tidak sampai enam dikatakan sudah bercerai.

"Ketika diberitahu seorang rakan, Cik Pang cuba meneka beberapa individu yang dimaksudkan, namun gagal.

"Sehinggalah kawan Cik Pang beritahu individu itu adalah usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa," tulis Cik Pang.

Seakan menguatkan spekulasi, Cik Pang berkata, Alha kini dilihat tidak lagi memuat naik foto bersama isterinya di laman Instragram.

    

alha alfa cerai

Kredit foto: Instagram Alha Alfa

    

"Patutlah sudah lama Cik Pang tak nampak gambar Alha bersama isteri di Instagram miliknya," kata Cik Pang lagi.

Tidak mengetahui sejauh mana kebenaran khabar angin yang dikongsikan, Cik Pang memohon supaya Alha dapat segera tampil memberikan pencerahan bagi mengelakkan status rumah tangganya terus menjadi tanda tanya.

"Andai betul cerita ini, Cik Pang harap Alha dan Azlin kuat menempuhi dugaan ini namun jika sebaliknya, anggaplah ada pihak yang kurang senang dengan kebahagiaan kalian.

"Bagaimanapun Cik Pang harap Alha tampil menjelaskan keadaan dan status diri yang sebenar supaya tidak ramai yang berteka-teki," kata Cik Pang.

Terdahulu, Alha dan Noor Azlin disatukan sebagai pasangan suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada 28 September 2019.

    

Sumber berita: Alha Alfa dah berpisah?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)