Oleh pada 17 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @bettybanafe

       

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pelakon Betty Benafe memilih untuk mengakhiri perkongsian hidupnya dengan suami, Bruce Dargus dengan perceraian talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Menurut Betty atau nama penuhnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 40, keputusan itu dibuat berpunca kerana soal jodoh dan tiada keserasian antara mereka.

"Sebenarnya saya sudah bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah pun dengan cara baik.

"Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.

"Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang," katanya kepada Mstar.

Terdahulu, Betty pada hari perceraiannya, memuat naik perkongsian di laman sosial menyatakan kesyukuran serta percaya akan aturan yang telah ditentukan Allah.

Sementara itu, beliau akui perlu meneruskan hidup meskipun masih menyimpan duka terhadap apa yang terjadi.

Betty menyifatkan perpisahan itu sebagai ruang untuk dia memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik termasuk memberi fokus terhadap keluarga dan bisnesnya.

      

betty benafe pula bercerai selepas 7 tahun kahwin ini puncanya 2

Kredit foto: Instagram @bettybanafe

    

"Kehidupan tetap perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Tapi bagi saya, mungkin ini juga merupakan peluang untuk saya mencari keredhaan Allah.

"Sekarang ini fokus saya hanya pada anak-anak dan keluarga. Selain itu saya juga sibuk menguruskan tiga perniagaan iaitu agensi pelancongan, produksi dan pusat latihan motivasi," katanya.

Betty dan Bruce Dargus berkahwin pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Julia Claire Dargus, 6, dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus, 4.

     

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)