Oleh pada 17 Sep 2019 kategori

punca dr che hafiz lufya bercerai

Kredit foto: Instagram Dr. Che Hafiz

      

Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, 29, mendedahkan hubungan perkahwinannya dengan pelakon Lufya Omar, 34, sudah berakhir pada minggu lalu, melalui lafaz cerai yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata, keputusan dibuat selepas usaha menyelamatkan rumah tangga itu menemui jalan buntu.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga," katanya memetik laporan MHE TV.

Dr. Che Hafiz bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca perceraian perkahwinan yang berusia hampir tiga tahun itu.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” tegasnya.

Dalam pada itu, Dr. Che Hafiz mengharapkan penyelesaian yang terbaik terhadap apa yang dilalui mereka kini.

Menurutnya, beliau enggan bersuara kerana banyak hati yang yang perlu dijaga melibatkan isu perceraian berkenaan.

    

suami lufya

Kredit foto: Instagram Dr. Che Hafiz

    

“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang sedang menginjak umur dua tahun.

Lufya merupakan bakat kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim keenam yang juga pernah membintangi beberapa drama seperti Jalan Kembali, Bila Hati Telah Hitam  dan Umairah.

Dalam bidang seni suara, beliau pernah melahirkan dua buah single berjudul Diam dan Doaku.

   

Sumber berita: Dr. Che Hafiz Akui Bukan Lagi Suami Lufya Omar

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)