Anda mungkin pernah dengar mengenai dakwaan pihak-pihak tertentu yang mahu mewujudkan penempatan manusia di planet Marikh. Namun, pernahkah anda dengar mengenai idea pihakyang mahu mewujudkan negara di angkasa lepas?

Dengan populasi di Bumi sudah mencecah 7.5 bilion orang, Bumi dianggap sudah terlalu padat. Banyak sumber semulajadi yang sudah diterokai dan lambat laun ianya akan habis juga. Serupa dengan idea mewujudkan penempatan di Marikh, sekumpulan manusia mendakwa sudah masanya kita melihat ke luar Bumi untuk mewujudkan sebuah negara di angkasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea ini kedengaran gila, tapi sememangnya wujud. 

Negara Angkasa Asgardia

bangsa angkasa asgardia

Negara Angkasa Asgardia adalah idea untuk mewujudkan negara di angkasa oleh sekelompok manusia, di mana semua warganegara mempunyai akses percuma ke angkasa, tanpa mengira bangsa, agama atau pendidikan mereka.

Sekumpulan jurutera, astronomi, peguam dan usahawan antarabangsa sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara di angkasa (ya, angkasa!). Walaupun sejumlah orang terlibat dalam misi itu, individu yang mencetuskan idea ini adalah saintis dan usahawan Russia, Igor Raufovich Ashurbeyli.

Objektif di sebalik penubuhan Negara Angkasa Asgardia menurut penganjur, adalah untuk membuat kerangka undang-undang baru untuk penerokaan ruang angkasa secara damai - bebas dari cengkaman kawalan pemerintah di Bumi. Penganjur Asgardia secara rasmi telah menetapkan tiga tujuan penting:

  1. Untuk memastikan penggunaan ruang dengan aman dan saksama
  2. Untuk melindungi manusia dari bahaya ruang angkasa
  3. Untuk mewujudkan pangkalan pengetahuan saintifik demiliterisasi di ruang yang percuma untuk semua

Walaupun ini adalah objektif yang ditetapkan secara formal, tujuan tersirat dari keseluruhan inisiatif adalah untuk membangun peradaban manusia di angkasa sebagai sebuah negara pada suatu masa akan datang.

Idea penubuhan Asgardia

igor ashurbeyli

Seperti yang disebutkan di atas, inisiatif ini dipelopori oleh saintis Rusia Igor Ashurbeyli. Idea penubuhan Asgardia dimulakan ketika Igor Ashurbeyli setelah beliau memulakan Pusat Penyelidikan Bebas Asgardia (AIRC) pada tahun 2013.

Pada tahun 2014, AIRC memulakan penerbitan majalah angkasa antarabangsa, ROOM. Igor Ashurbeyli adalah ketua editor penerbitan majalah ini. Pada tahun 2016, idea penubuhan negara angkasa Asgardia pertama kali diumumkan dan orang ramai diundang untuk mendapatkan kewarganegaraan. Mereka yang diberi status kewarganegaraan dipanggil Asgardian.

negara angkasa

Pada saat ini, tidak ada peraturan yang sangat ketat mengenai siapa yang boleh memohon menjadi warganegara Asgardia. Pemohon hanya perlu berumur lebih dari 18 tahun dan mesti mempunyai alamat e-mel. Pada dasarnya, mana-mana orang dewasa dari mana-mana jantina, bangsa, agama, atau kedudukan kewangan boleh memohon kewarganegaraan.

Bahkan bekas banduan boleh memohon, dengan syarat mereka tidak dikenakan tuduhan semasa membuat permohonan.

Dalam masa 48 jam dari pengumuman projek Negara Angkasa Asgardia, lebih daripada 100,000 orang telah memohon kewarganegaraan di laman web Asgardia. Setakat ini, ia telah menerima permohonan dari lebih 1.5 juta orang dari 200 negara. 

Rancangan masa hadapan Asgardia

satelit asgardia 1

Setelah dilancarkan pada tahun 2016, Asgardia menandakan kehadirannya di angkasa untuk pertama kalinya dengan melancarkan satelit Asgardia-1 dari Kemudahan Penerbangan Wallops NASA di Virginia pada bulan November 2017.

Nanorock, sebuah syarikat aeroangkasa swasta di Amerika Syarikat bertanggungjawab untuk pembangunan satelit Asgardia-1 ini.

Asgardia-1 adalah satelit bersaiz nano, hanya bersaiz sebuku roti. Salah satu tujuan misi angkasa ini adalah untuk menunjukkan kemampuan penyimpanan data pada pemacu cakera pepejal (SSD) di orbit Bumi rendah. Satelit Asgard-1 mempunyai SSD 512 GB yang kebanyakannya mengandungi gambar keluarga yang dihantar oleh kira-kira 18,000 anggota projek ini.

Pada masa depan, Asgardia merancang untuk membina penempatan koloni manusia di orbit Bumi kira-kira 100-200 batu dari permukaan Bumi. Ini mungkin dapat dicapai dengan mendirikan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), yang akan menelan belan jutaan dolar dan oleh itu pada masa ini nampaknya tidak dapat dilaksanaka atas faktor kewangan.

Halangan penubuhan Asgardia

outer space treaty

Walaupun mengaku memiliki "bangsa" di angkasa, pihak United Nations (UN) atau negara lain di Bumi tidak pernah mengiktiraf Asgardia sebagai sebuah bangsa.

Igor Ashurbeyli mendakwa pasukannya bekerjasama dengan pakar undang-undang untuk mengemukakan idea ini kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan untuk mendapatkan pengakuan rasmi untuk Asgardia.

Namun, menurut Joanne Gabrynowicz, pakar undang-undang angkasa, "Sebuah negeri harus mempunyai ciri-ciri ini: penduduk tetap; wilayah yang ditentukan, mempunyai pemerintah dan kemampuan untuk mengadakan hubungan dengan negara lain. Dan ia mesti diakui sebagai negara oleh negera lain”.

Syarat-syarat ini tentulah sukar dipenuhi memandangkan Asgardia tidak memiliki wilayah sendiri, setidaknya tidak di Bumi. Ada satu lagi rintangan besar untuk diatasi  iaitu Outer Space Treaty (OST) yang kini disokong oleh 110 negara termasuk semua negara besar seperti AS, Rusia, China, dll.

satelit bumi 316

OST menghalang mana-mana negara untuk menuntut kedaulatan di angkasa dan juga menyatakan bahawa setiap kali negara atau syarikat dari negara itu menghantar kapal angkasa ke angkasa, misi angkasa tersebut menjadi tanggungjawab sesebuah negara.

Jadi, sebagai contoh, jika satelit yang dihantar oleh SpaceX atau NASA melanggar satelit Russia, Russia boleh meminta kerajaan Amerika Syarikat bertanggungjawab atasnya dan menuntut pampasan yang besar kerajaan Amerika Syarikat.

Idea untuk mewujudkan sebuah negara di angkasa di mana semua warga akan mendapat akses percuma ke angkasa, tanpa mengira bangsa, agama atau pendidikan mereka adalah idea yang menarik.

Namun, apabila dilihat dari segi teknikal, kewangan dan undang-undang, keseluruhan idea ini kelihatan seperti sebuah angan-angan kosong. Pada masa ini, negara ini hanya ada sebagai satelit mini yang tidak lebih besar daripada sebuku roti!

Kredit:

  1. CNN
  2. BBC
  3. Wikipedia
  4. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)