Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz mengambil keputusan berundur tanpa meneruskan kontrak bersama stesen radio Suria FM yang bakal berakhir pada hujung bulan ini.

Pengundurannya kerana ingin memberi fokus pada cabang seni lain. 

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi Instagram, Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz, 28, memaklumkan minggu ini menjadi minggu terakhir dia bertugas di konti.

"Saya nak meluangkan masa sepenuhnya dengan sahabat-sahabat di Suria. Masih tinggal lagi seminggu sebelum saya berhenti," tulisnya dalam kapsyen disertakan dengan foto keratan artikel sebuah akhbar mingguan yang mewartakan perkembangan sama.

zulin aziz tinggalkan suria fm ini puncanya 2

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Zulin yang mengendalikan segmen Suria Pagi ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, bersama rakan gandingan, Sharifah Shahira dan Fizi Ali, menyertai keluarga stesen radio itu sejak dua tahun lalu.

"Terlalu banyak hal yang saya harus fokus selepas ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya. Teruskan menyokong Suria FM ya?

"Walaupun saya bukan lagi penyampai Suria tapi mereka tetap dihati saya," katanya.

Kata Zulin, banyak pengalaman berharga diperolehnya sepanjang menghiburkan dan menemani para pendengar setia.

"Menjadi penyampai @suriamalaysia adalah satu tanggungjawab, pengajaran dan pengalaman yang cukup luar biasa.

"Semua seperti keluarga. Saya rasa istimewa bila bersama mereka apatah lagi berkongsi cerita dengan pendengar-pendengar," katanya.

Di kesempatan sama, Zulin mahu para peminat meneruskan sokongan terhadap stesen terbabit, biarpun suaranya tidak lagi akan berkumandang.

"Doakan dan terus menyokong karier saya ya? Tidak di radio, tapi masih di TV, masih juga di hati mu, ecewah, Muah!," tulisnya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)