radio tak mahu main lagu baru zamani 1

Kredit foto: Instagram Zamani

Vokalis kumpulan Slam, Zamani, meluahkan rasa terkilan apabila pihak stesen radio tidak memberikan sokongan penuh terhadap single terbaharunya, Tambatan Hati.

Zamani, 47, yang terlebih dahulu mengedarkan demo lagu itu, berasa pelik kerana selepas dua tahun diterbitkan, Tambatan Hati masih tidak mendapat tempat di corong radio. 

"Saya sebenarnya terkilan apabila single saya yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan daripada peminat.

"Sejujurnya saya tidak pernah mendengar sekali pun lagu itu dimainkan di mana-mana stesen radio di Malaysia.

"Namun sehingga sekarang saya tidak tahu punca kenapa stesen radio tak mainkan langsung lagu itu.

"Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya serik untuk keluarkan single baharu namun saya melihat perkara itu daripada sudut positif untuk berusaha lebih keras lagi selepas ini," katanya kepada Astro Gempak.

radio tak mahu main lagu baru zamani 2

Kredit foto: Instagram Zamani

Pelantun Gerimis Mengundang itu ditemui di majlis sidang media Konsert Pentas Maya Bersama Zamani yang berlangsung di Kafe Sakura Kristal, pada Khamis.

Anjuran Pentas Maya dengan kerjasama Mobilewerkz Technologies, Konsert Pentas Maya Bersama Zamani bakal berlangsung pada 2 Mei ini.

Menariknya, ini konsert pertama dalam sejarah yang diadakan secara atas talian.

Untuk menonton, peminat perlu mendapatkan akses berharga RM30, di laman web www.pentasmaya.com.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)