Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Kredit foto: star2.com

Semalam industri hiburan digemparkan dengan berita penyanyi Aliff Aziz mencederakan isterinya, Bella Astilla.

Penyanyi kelahiran Singapura itu telahpun ditahan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

cederakan isteri penyanyi aliff aziz ditahan polis 2

Kredit foto: asiaone.com

Kejadian bermula apabila Bella mendapat tahu Aliff berada di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, ditemani seorang pelakon wanita baru, Afifah Nasir (adik pelakon Anzalna Nasir).

Bella yang tidak berpuas hati hadir bersama ibunya ke bilik karaoke tersebut untuk mendedahkan kecurangan Aliff.

Menerusi laporan jurucakap polis, berlaku pertengkaran antara Bella dan Aliff di tempat kejadian apabila Bella cuba merakamkan gambar bukti Aliff bersama Afifah menggunakan telefon bimbitnya.

Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu. Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu.

Sumber: Utusan Online

Selesai memadam bukti, Aliff membaling telefon bimbit berkenaan ke wajah Bella hingga mendatangkan kecederaan kepada Bella di bahagian mulut dan lutut.

Bella yang masih dalam tempoh berpantang dan baru sahaja melahirkan anak telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras yang seterusnya membawa kepada penahanan Aliff di lokap. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)