Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Tya Adnan & Instagram Bella Astillah

Bukan sahaja netizen, nampaknya golongan selebriti juga tidak ketinggalan untuk turun padang memberikan kenyataan perihal isu besar yang melanda dunia hiburan baru-baru ini.

Jika sebelum ini, aktres Rozita Che Wan menghamburkan amaran agar suaminya tidak didekati mana-mana wanita bujang, kali ini giliran isteri kepada aktor Shukri Yahya pula iaitu Tya Adnan tampil bersuara lantang.

Menurut Tya menerusi kiriman Instagram terbarunya, dia mengingatkan kembali kepada wanita-wanita di luar sana sekiranya terlupa bahawasanya Shukri kini telahpun berkahwin dan mempunyai seorang isteri. Seperti yang kita sedia maklum, Tya juga pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga apabila seorang wanita membuat tuduhan palsu kononnya diganggu secara seksual melalui perbualan mesej oleh Shukri.

tya adnan isteri shukri yahya beri sindiran pedas isu perkahwinan aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Tya Adnan

Tidak cukup dengan itu, Tya turut meninggalkan komen panjang lebar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang melanda perkahwinan seorang selebriti tempatan baru-baru ini. Tidak dinafikan, komen Tya ini agak "padu" kerana mempunyai poin yang cukup menarik untuk direnungkan. 

tya adnan isteri shukri yahya beri sindiran pedas isu perkahwinan aliff aziz 3

Kredit foto: Instagram Tya Adnan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)