Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

afifah nasir dedah punca jumpa aliff aziz di bilik karaoke 1

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz & Instagram Afifah Nasir

Selepas mendapat kecaman hebat kerana didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astilla, pelakon Afifah Nasir akhirnya tampil memberikan kenyataan.

Adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu mendakwa wujud salah faham kerana ketika kejadian berlaku, dia dan Aliff berada di bilik karaoke berkenaan atas urusan kerja dan bukannya urusan peribadi. 

afifah nasir dedah punca jumpa aliff aziz di bilik karaoke 2

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan. Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut. Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga. Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis. Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan.

Sumber: BH Online

Tidak dapat dipastikan kisah sebenar yang berlaku kerana kedua-dua pihak memberikan versi cerita yang berbeza. Apapun sama-sama kita nantikan perkembangan kisah yang menggemparkan industri hiburan ini. 


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)