Kebanyakan daripada kita mungkin tidak pernah sekalipun bermain permainan golf. Sukan golf ini sememangnya sinonim dengan golongan kaya, terutamanya ahli politik dan pemilik bisnes. Malah, peralatan bermain golf juga tidak murah dan boleh mencecah ribuan ringgit.

Di Malaysia, kita mempunyai puluhan padang golf hebat dan bertaraf antarabangsa antaranya Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), The Mines dan banyak lagi. Malah, Malaysia juga boleh berbangga kerana seringkali menjadi tuan rumah untuk pertandingan golf peringkat antarabangsa antaranya BMW Golf Cup International dan World Amateur Golfers Championship.

BESARKAN TEKS     A-  A+

62745644 golfer

Setiap padang golf di seluruh dunia sememangnya menjanjikan permainan dan cabaran yang tersendiri kepada para pemain. Tetapi, terdapat sebuah padang golf yang sangat unik sehingga ianya digelar padang golf paling berbahaya di dunia. Padang golf ini terletak di Camp Bonifas.

Lokasi yang unik dan merbahaya

camp bonifas

Camp Bonifas sebenarnya merupakan sebuah kem ketenteraan milik United Nations. Kawasan ini terletak kira-kira 400 meter daripada Korean Demilitarized Zone (DMZ) iaitu kawasan lapang persempadanan antara sempadan Korea Utara dan Korea Selatan.

Kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Camp Kitty Hawk sebelum namanya ditukar pada tahun 1986 sebagai penghormatan kepada seorang askar Amerika Syarikat, Kapten Arthur G. Bonifas yang telah dibunuh oleh askar-askar Korea Utara dalam satu insiden pada tahun 1976.

tmg facebook social

Di dalam kawasan Camp Bonifas inilah terdapat sebuah padang golf yang diperbuat daripada lapisan  AstroTrf, iaitu sejenis rumput tiruan. Padang golf ini tidaklah terlalu besar dan hanya terdapat 1 lubang. Segalanya kelihatan sempurna disini walaupun ia terletak berhampiran zon DMZ yang penuh dengan konflik.

Kewujudan kawasan periuk api

padang golf camp bonifas

Bukan sahaja lokasinya yang menjadikan padang golf ini sangat merbahaya, tetapi sebenarnya terdapat juga kewujudan kawasan periuk api dalam kawasan padang golf ini. Malah, terdapat papan tanda amaran yang menghalang keras pemain daripada mengambil bola mereka sekiranya ia tersasar ke kawasan tersebut.

Malah, menurut laporan, terdapat juga kejadian periuk api tersebut meletup kerana terkena bola golf. Di padang golf ini, anda akan melihat kawat berduri besar menandakan sempadan di sebelah kiri dan parit ketenteraan sedalam enam kaki di sepanjang bahagian kanan.

sempadan korea 17

Bukan itu sahaja, di kedua-dua bahagian kiri dan kanan juga terdapat menara kawalan yang lengkap dengan pelbagai artileri ketenteraan. Walaupun padang golf ini berada di zon bebas, realitinya anda umpama berada di dalam kawasan penjara yang tidak mempunyai kebebasan untuk bergerak bebas.

Kehadiran binatang buas seperti babi hutan dan harimau

padang golf berbahaya 542

Selain lokasi Camp Bonifas yang terletak di kawasan konflik DMZ dan kewujudan periuk api hidup, askar-askar yang bertugas disini turut melaporkan kelibat binatang-binatang buas di kawasan ini antaranya babi hutan dan harimau. Ianya tentulah pengalaman yang menakutkan sekiranya terserempak dengan haiwan-haiwan ini ketika bermain golf.

Sekiranya anda seorang peminat golf dan bercita-cita untuk bermain di padang golf paling berbahaya di dunia ini, lupakan sahaja cita-cita tersebut kerana kawasan ini tidak dibuka kepada orang awam. Malah, untuk sampai ke kawasan ini juga perlu melalui pelbagai kawalan ketat.

image 199

Secara umumnya, tiada apa yang menarik di Camp Bonifas ini selain kem tentera. Walaupun padang golf ini tidaklah terlalu besar dan hanya mempunyai 1 lubang, ianya masih wujud dan dikekalkan sebagai satu bentuk hiburan kepada para askar yang bertugas di kawasan ini.

Kredit:

  1. NZ Herald
  2. Gizmodo
  3. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)