Oleh pada 31 Aug 2017 kategori

Pesawat adalah salah satu kenderaan yang memerlukan pengendalinya berkemahiran tinggi kerana ia tidak berada di atas daratan atau bumi ketika beroperasi. Sedikit kelekaan atau kesilapan boleh menyebabkan kemalangan yang biasanya mampu mengorbankan nyawa kesemua penumpang di dalamnya.

Namun, faktor-faktor lain seperti kedudukan lapangan terbang dan struktur binaan landasan yang tidak selamat juga boleh memberikan impak yang besar kepada kemalangan pesawat itu sendiri. iluminasi.com ingin berkongsi 4 lapangan terbang yang paling berbahaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana, Saint Martin

princess juliana r

Ramai yang beranggapan bahawa gambar ini adalah palsu dan telah disunting, namun ia adalah gambar yang benar. Pesawat yang kelihatan berada betul-betul di atas kepala pengunjung-pengunjung Pantai Maho ini bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang terletak di Pulau Saint Martin. 

Lapangan terbang kedua tersibuk di Timur Caribbean ini sangat terkenal dengan satu perkara, landasan pendaratan yang yang sangat pendek iaitu sepanjang 2,180 meter, jarak yang hampir tak cukup bagi pesawat berat. Ia membuatkan pesawat-pesawat yang ingin mendarat terpaksa terbang dengan ketinggian yang sangat rendah menghampiri pulau ini.

princess juliana airport

Pengunjung dengan selamba bermandi-manda sambil mengambil gambar pesawat yang hanya berada 10 hingga 20 meter di atas kepala mereka. Tiada kemalangan serius dilaporkan di lapangan terbang ini walaupun agak sukar melakukan pendaratan.

2. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin, Carribean Netherlands.

juancho e yrausquin airport

Sekali pandang, tak nampak seperti sebuah lapangan terbang. Di Pulau Saba yang terletak di Caribbean Netherlands ini hanya mempunyai satu lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin. Walaupun tak pernah berlaku kemalangan besar di fasiliti ini namun ia dianggap sebagai antara salah satu lapangan terbang paling berbahaya di dunia oleh pakar penerbangan.

Landasan di lapangan terbang ini ditandakan dengan "X" bagi memberi isyarat kepada juruterbang komersial bahawa lapangan terbang ini ditutup kepada penerbangan komersial. Apa yang membuatkan lapangan terbang ini sangat berbahaya adalah posisinya yang betul-betul berada di hujung tebing pulau ini.

juancho e yrausquin airport 2 561

Landasan ini tersangatlah pendek iaitu hanya 400 meter, antara landasan yang terpendek di dunia. Ia diapit oleh daratan pulau di bahagian sisinya manakala di permulaan dan pengakhirannya pula terdapat tebing laut. Jika juruterbang tersilap ketika melakukan penerbangan atau pendaratan, kemungkinan besar pesawat akan terhempas ke dalam laut.

3. Lapangan Terbang Courchevel, Perancis

courchevel airport france

Jika anda pernah, atau meminati sukan ski, anda pasti mengenali tempat ini. Tempat ini diberi nama Courchevel yang merupakan kawasan ski yang terletak di Alps Perancis. Cara terbaik untuk datang bermain ski di sini adalah dengan dengan pesawat, yang membuatkan terdapat sebuah lapangan terbang di atas pergunungan ini iaitu Lapangan Terbang Courchevel.

Namun, disebabkan topografi kawasan ini, ada yang tak kena dengan landasan lapangan terbang ini. Ia mempunyai landasan yang tersangat pendek, iaitu hanya 525 meter sahaja dengan gradian 18.5%.

courchevel airport france 2

Disebabkan ia terlalu pendek, pesawat perlu mendarat di landasan yang condong ke atas bagi mengurangkan kelajuan, dan pesawat yang ingin berlepas perlu menggunakan landasan curam bagi menambahkan kelajuan ketika ingin berlepas.

Lapangan terbang ini pernah digunakan dalam penggambaran filem James Bond : Tomorrow Never Dies.

4. Lapangan Terbang Barra, Scotland

barra airport 3

Jika landasan-landasan dalam senarai ini berbahaya disebabkan landasan yang pendek dan tidak sekata, lain pula cerita Lapangan Terbang Barra ini. Terletak di Pulau Barra, Scotland, lapangan terbang ini merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang mana pesawat mendarat di atas pantai. 

Disebabkan ianya mempunyai landasan berpantai, setiap hari landasan ini akan "dibersihkan" oleh air laut pasang. Pada lewat petang pula akan terdapat beberapa buah kereta berada di lot parkir dengan lampu kereta terpasang bagi memudahkan penglihatan juruterbang yang ingin membuat pendaratan.

barra airport2

Ini adalah kerana lapangan terbang ini menggunakan cahaya semulajadi seperti cahaya matahari dan pantulan cahaya bulan sebagai sumber pencahayaan. Walaupun mendarat di atas pantai, anda masih boleh bermandi manda kerana tiada sekuriti yang ketat, hanya terdapat papan tanda tertulis "Jauhi pantai ini apabila angin kencang dan lapangan terbang sedang aktif".

5. Lapangan Terbang Agatti, India

agatti airport

Lapangan Terbang Agatti ini terletak di Pulau Agatti, India ini merupakan antara lapangan terbang yang mempunyai pemandangan persekitaran yang paling cantik di dunia, dengan air laut yang membiru. Ia adalah salah satu penyejuk mata bagi penumpang pesawat menikmati keindahan alam, namun ia juga adalah satu mimpi ngeri bagi setiap juruterbang.

agatti airport 2

Landasan kapal terbang ini yang dikelilingi oleh air laut membuatkan juruterbang tidak boleh melakukan sedikit kesilapan pun. Jika berlaku kesilapan, kemungkinan besar penumpang-penumpang termasuk juruterbang terpaksa berenang ke tepian.

Rujukan : 

1. Saba Tourism

2. The Guardian

3. Wikipedia

4. CBS News

5. Oddee




Hakcipta iluminasi.com (2017)