Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Mynewshub

Insiden buaya membawa mayat seorang lelaki yang hilang sejak hujung minggu lalu, di Pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, Khamis lalu, menjadi bualan ramai setelah video tersebut tular di laman sosial.

Orang awam berkumpul di tepi pantai tersebut bagi menyaksikan seekor buaya menggonggong jasad mendekati pantai, sekitar 7 pagi Khamis lalu, sebelum membuat laporan kepada Balai Polis Mena.

Rishian Krisna Budiaswanto selaku Ketua Polis Nusa Tenggara Timur berkata, seorang anggota polis bernama Agustinus Mema bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau memberitahu, buaya tersebut membiarkan mayat berkenaan di pantai sekitar pukul 10.20 pagi dan pulang ke laut.

Menurut siasatan, identiti mayat itu dikesan sebagai Abia Sala Dopong (26 tahun) yang hilang sejak beberapa hari lepas.

Mayat mangsa masih elok, tetapi terdapat kesan luka pada badannya diyakini disebabkan oleh gigitan buaya.

Mayat dihantar ke kediaman keluarganya di Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara.

Terdahulu, Tribun News, portal berita Pos Kupang mendedahkan mangsa disambar buaya di Pantai Wini, Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara, pada 21 Januari lepas.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)