Oleh pada 16 Aug 2018 kategori

Rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia diumumkan pada bulan Mei tahun 1961, menggabungkan Malaya, Singapura, North Borneo (Sabah), Sarawak dan Brunei ke dalam satu gabungan.

Idea itu kurang disenangi banyak pihak.

Indonesia mula merasakan rasa tidak puas hati selepas pemberontak di Brunei memulakan penentangan terhadap idea penubuhan Persekutuan Malaysia, dalam insiden dikenali sebagai 'pemberontakan Brunei Disember 1962.'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pemberontakan itu didalangi kumpulan melibatkan Tentera Nasional Kalimantan Utara atau TNKU, sebuah pasukan militan yang disokong Indonesia dalam hasrat mahu mewujudkan Persekutuan Borneo Utara.

Persekutuan Borneo Utara adalah rancangan menggabungkan tiga negara (ketika itu) iaitu Sarawak, Borneo Utara dan juga Brunei dalam satu gabungan.

Walaupun demikian, Sultan Brunei sendiri lebih cenderung untuk menyertai Persekutuan Malaysia berbanding Persekutuan Borneo Utara, selepas beberapa siri perbincangan dilakukan antara kesemua pihak.

Kenapa konfrontasi Indonesia berlaku?

konfrontasi malaysia ucapan sukarno

Bagi Indonesia, penubuhan sebuah Persekutuan Malaysia yang menggabungkan kesemua pihak akan menjadi ancaman kepada mereka.

Ini kerana kerajaan Indonesia percaya penubuhan Malaysia adalah satu cara Britain meneruskan sistem kolonial secara tidak rasmi di Asia Tenggara.

Selain itu, Indonesia juga tidak mahu wujud sebarang bentuk markas tentera Britain di benua ini seandainya Malaysia ditubuhkan. Dikhuatiri itu akan membolehkan Britain terus mengawal pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

Selepas pemberontakan Brunei ditumpaskan askar-askar yang dibawa British daripada Singapura, Indonesia mengumumkan sokongan mereka kepada kumpulan pemberontak dan menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan menubuhkan Malaysia.

Pada 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia mengumumkan polisi konfrontasi terhadap Malaya daripada aspek ekonomi dan juga hubungan luar.

Perbincangan cuba diwujudkan untuk mencari jalan keluar, namun tentera Indonesia sudah mula melaksanakan operasi menceroboh masuk Sabah dan Sarawak bagi melakukan operasi-operasi sabotaj dan serangan.

Motto Ganyang Malaysia!

ucapan sukarno mengumumkan ganyang malaysia

Pada bulan Mei 1963, dalam usaha mahu meredakan ketegangan, Presiden Sukarno dan Tunku Abdul Rahman bertemu.

Kerajaan Indonesia bersetuju untuk berdamai sekiranya Malaya mengadakan pungutan suara semua pihak bagi menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap penubuhan Malaysia, terutamanya warga Borneo Utara.

Walau bagaimanapun, kerajaan Malaya tidak memenuhi hasil perbincangan itu dan Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian di London pada 9 Julai 1963, menetapkan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Ini mengakibatkan kemarahan Indonesia terhadap Malaya semakin menjadi-jadi membawa kepada siri rundingan seterusnya di Filipina yang dilihat ada benih persetujuan.

2 hari sebelum tarikh 31 Ogos 1963, kerajaan Malaya mengumumkan yang Malaysia akan ditubuhkan pada 16 September 1963, melanggar hasil perbincangan dua hala di antara Indonesia dan Malaya.

Ini menyebabkan Indonesia menganggap Malaya sengaja melanggar perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tarikh tersebut tanpa penyertaan Brunei.

Reaksi Indonesia lebih keras kali ini.

Pada 25 September 1963, Presiden Sukarno mengumumkan kempen 'ganyang Malaysia!' sebagai bantahan kepada penubuhan negara kita.

Menyerang balas pencerobohan

reaksi masyarakat tanah melayu terhadap konfrontasi

Berikutan pengumuman keras itu, beberapa siri serangan tentera ke atas Sabah dan Sarawak dilakukan oleh tentera Indonesia.

Pada tahun 1964, tentera Indonesia mula menceroboh masuk ke Singapura dan juga Semenanjung Malaysia dalam usaha untuk mencetuskan ketegangan.

Kerajaan Malaysia yang baru ditubuhkan ketika itu terpaksa meminta bantuan tambahan tentera British dan tentera negara Komanwel untuk mempertahankan Malaysia.

Bekerjasama dengan askar Melayu, pertempuran yang berlaku berjaya mendesak tentera Indonesia berundur buat sementara.

Pada bulan Jun dan Julai 1964, Indonesia sekali lagi cuba mensabotaj laluan hubungan di antara Johor dan Singapura namun serangan itu berjaya dipatahkan.

Sebagai serangan balas, bermula tahun 1965 Britain melalui unit propaganda mereka mula menggunakan serangan psikologi ke atas Indonesia, memburukkan Parti Komunis Indonesia dan Presiden Sukarno agar masyarakat Indonesia bangun menentang mereka.

Kaedah ini berhasil berikutan propaganda yang berlaku berjaya menimbulkan ketegangan di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan Indonesia.

Pengaruh Sukarno yang sangat bergantung dengan sokongan Parti Komunis Indonesia mula dipersoalkan.

Kempen perang saraf ini membawa kepada siri pemberontakan dengan kemuncaknya berlaku Gerakan 30 September.

Gerakan itu berjaya membunuh ramai pemimpin kanan Sukarno serta memulakan pangkah awal rampasan alih kuasa daripada Presiden Sukarno.

Tamatnya konfrontasi

sukarno dan suharto

Pemberontakan ganas itu menyebabkan tentera Indonesia mula bertindak balas diketuai oleh Mejar Jeneral Suharto.

Beberapa siri keganasan dan pertempuran berlaku di Indonesia, mengakibatkan Parti Komunis Indonesia yang terpaksa bertindak balas mula dilihat sebagai musuh nombor satu Indonesia.

Berdepan tekanan, Presiden Sukarno bersetuju untuk melepaskan kuasa kepada Mejar Jeneral Suharto dalam arahan yang dikenali sebagai 'supersemar'.

Suharto yang baru mendapat kuasa bersetuju menamatkan konfrontasi melalui perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 11 Ogos 1966 di Kuala Lumpur.

Tindakan ini memulihkan semula hubungan di antara Indonesia dengan Malaysia dan Singapura, yang ketika itu sudah pun keluar daripada Malaysia.

Sukarno membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Indonesia mahu menamatkan konfrontasi dengan Persekutuan Malaysia.

Tetapi tidak banyak yang boleh dia lakukan, selepas hilang kuasa pemerintahan.

Konfrontasi Indonesia tamat. Malangnya di kalangan kita warga kedua-dua negara, masih ramai yang memyimpan kesumat apa pernah berlaku disebabkan politik masyatakat yang dahulunya cukup erat dan muafakat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)