Oleh pada 17 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram Iqbal

 

Usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli berkongsi detik cemasnya di Indonesia yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.

 

"Pengalaman kali pertama merasai gempa bumi yang baru sahaja berlaku di sini. Tempat yang lebih tepat berlaku di Serang, Banten - 6,7.

 

"Ianya berlaku dengan kuat. Semasa gegaran pertama, saya sedang tidur lalu dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah yang bersama saya di sini. Saya satu-satunya penginap di bangunan hotel ini.

 

"Saya berada di tingkat paling atas. Gambar di dinding hampir jatuh, lif bergoyang dan air berkocak," ceritanya.

  

 

Menurutnya lagi, beliau sempat pergi ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri sebelum dikejutkan dengan gegaran kali kedua.

 

"Semua staf di sini berkumpul di bawah. Mereka turun menggunakan tangga sahaja. Saya yang menggunakan lif pula dapat menyaksikan bagaimana lampu lif tersebut tertutup dan terbuka setiap detik.

 

"Selepas setengah jam, saya kembali masuk ke rumah. Sebaik gegaran seterusnya terjadi, saya cepat-cepat tarik mereka yang lain turun ke bawah sekali lagi," tulisnya lagi.

 

Beliau yang juga berkongsi beberapa video suasana kejadian mengharapkan doa pengikutnya supaya tempat tersebut selamat.

 

"Sekarang semua okey. Cuma malam ini saya tidak berani tidur sendirian. Mungkin tidak boleh tidur nyenyak. Kita doakan sahaja semoga di Serang baik-baik sahaja," akhirinya.

 

Dalam perkembangan terbaru, Iqbal yang membuat keputusan untuk tinggal lebih lama di Indonesia juga sedang dalam proses untuk menjalankan perniagaan dan membeli sebuah rumah di sana.

 

Sumber: Instagram Iqbal




Hakcipta iluminasi.com (2017)