(Labah-labah brown widow atau janda coklat)

Labah-labah adalah antara haiwan dan serangga yang paling berbisa di dunia. Walaupun ia bertubuh kecil, namun labah-labah boleh menyebabkan masalah yang serius kepada kesihatan manusia malah kematian.

Dan seekor labah-labah berbisa yang satu ketika dahulu hanya boleh ditemui di Afrika, kini perlahan-lahan tersebar ke seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang membimbangkan adalah ia telah menemui jalannya untuk sampai ke pantai-pantai di Malaysia.

Labah-labah yang dimaksudkan adalah spesis brown widow (janda coklat) atau nama saintifiknya Latrodectus geometricus, dan ia telah disahkan wujud di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Hal ini disahkan selepas para saintis Universiti Malaya mengkaji ciri-ciri fizikal dan pengekod bar sampel DNA serangga ini.

Sebuah kawasan perumahan baharu di Bukit Mertajam, Pulau pinang telah dipenuhi dengan labah-labah yang bersaiz 1 sentimeter panjang ini.

labah labah janda coklat ditemui di pulau pinang selangor dan johor

Ini menyebabkan pihak pemaju dinasihatkan untuk membersihkan kawasan berkenaan dengan semburan kimia.

Di Selangor pula, labah-labah janda coklat ini menjadikan sebuah basikal seorang pelajar di Serdang dan perabot di kedai mamak di Bandar Sunway sebagai rumahnya.

Manakala di Johor ia ditemui di dalam engsel pintu sebuah kereta. Penemuan ini dilakukan pada tahun 2011 dan 2012, dan hasilnya diterbitkan pada tahun 2015 dalam Journal Of Venomous Animals And Toxins Including Tropical Diseases.

Labah-labah janda coklat adalah antara 30 spesies genus Latrodectus. Ia mendapat nama "janda", kerana labah-labah betina didakwa memakan labah-labah jantan selepas mengawan.

Walau bagaimanapun, kelakuan ini hanya didokumentasikan secara menyeluruh untuk satu spesies, iaitu labah-labah red-backed (Latrodectus hasselti) yang ditemui di Australia, New Zealand dan Jepun.

Nama labah-labah janda menyebabkan orang menjadi ketakutan dengan serta-merta kerana ia terkenal dengan racunnya.

labah labah janda hitam

(Labah-labah black widow atau janda hitam)

Tetapi walaupun gigitan daripada labah-labah janda hitam (Latactectus mactans, yang terdapat di Amerika Utara) boleh membawa maut, namun ia telah menyebabkan kematian dalam kurang daripada 1% kes.

Manakala kematian dari suntikan racun dari labah-labah janda coklat pula kurang diketahui dan satu kes yang dilaporkan di Madagascar pada tahun 1991 masih menjadi persoalan.

Mustakiza Muslimin, pengarang bersama kertas kajian itu, mengatakan selain daripada dua spesies, semua labah-labah adalah berbisa.

Tetapi tidak semua daripada serangga ini menyebabkan bahaya kepada manusia.

Labah-labah janda coklat diketahui sebagai tidak agresif dan hanya menggigit apabila berasa terancam. Seperti kebanyakan labah-labah janda, ia mengelakkan daripada manusia dan jika terganggu, ia akan menarik kakinya dan berpura-pura mati.

para saintis yang mengkaji spesis labah labah ini dari kiri mustakiza dr noraishah dan dr wilson

(Para saintis iaitu Mustakiza, Dr Noraishah dan Dr Wilson yang mengkaji spesis labah-labah)

Menurut pengarang utama Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz kertas tersebut yang juga merupakan pensyarah kanan di jabatan parasitologi, fakulti perubatan UM, racun labah-labah janda coklat sebenarnya lebih kuat daripada janda hitam.

Namun disebabkan oleh ia kurang mampu menggigit melalui kulit, maka ini membawa kes-kes suntikan racun oleh serangga ini menjadi hampir tidak wujud.

Beliau menambah bahawa apa yang membimbangkan adalah jika seseorang itu mempunyai tindak balas alahan terhadap gigitan itu. 

Walau bagaimanapun, Dr Noraishah berkata bahawa kehadiran janda coklat di Malaysia merupakan satu kebimbangan dan harus dipantau.

"Orang harus sedar bahawa serangga ini ditemui di sini dan tahu apa bagaimana rupa labah-labah ini. Tetapi masih tiada laporan orang yang menderita sakit teruk dari gigitan labah-labah," kata Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz.

Berhirah dengan cara menumpang 

brown widow labah labah janda coklat

Labah-labah janda coklat sangat mudah menyesuaikan diri dan telah tersebut ke 58 negara.

Ia kemungkinan besar menumpang dalam kontena-kontena perkapalan ke selatan dan utara Amerika, Timur Tengah, Asia Tengah, Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Jepun serta Australia.

Setakat ini ia masih belum dilaporkan ditemui di Eropah, kecuali di Turki. 

labah labah spider brown widow

Spesis yang ditemui di Malaysia adalah sama dengan labah-labah dari bandar-bandar pelabuhan di Jepun, jadi ia mungkin berasal dari sana.

Selangor juga mempunyai labah-labah dengan bentuk abdomen sfera yang sama seperti yang ditemui di India dan Brazil.

Dr John-James Wilson yang mengenal pasti spesies ini menggunakan pengekod bar DNA percaya bahawa labah-labah janda coklat juga mungkin tersebar di luar tiga negeri ini tetapi tidak dilaporkan kerana orang tidak mengenalinya.

Cara melindungi keselamatan anda

kantung telur labah labah janda coklat yang berduri

(Kantung telur labah-labah janda coklat yang berduri)

Bagaimana anda boleh melindungi diri dan keluarga anda daripada labah-labah ini.

Para saintis mengatakan cara paling mudah adalah dengan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang sentiasa bersih di dalam dan luar rumah serta bebas daripada sarang labah-labah.

Penyembur serangga juga boleh digunakan. Bunuh labah-labah dan musnahkan kantung telurnya jika ditemui di dalam atau luar rumah.

Serta anda perlu mengetahui cara untuk mengenali spesis ini, yang mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti:

  1. Perut berbentuk kubah atau bulat yang jauh lebih besar daripada kepalanya 
  2. Jalur tebal dan gelap pada sendi kaki
  3. Tanda berbentuk hourglass pada perut, yang terdapat pada semua labah-labah janda
  4. Kantung telur yang berduri

Rujukan:

1. The Star

2. CISR

3. NCBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)