Sumber foto: newsx.com
Pelakon Emilia Clarke menghangatkan majlis gala amal tahunan Sean Penn pada hujung minggu baru-baru ini.
Sebuah sesi lelongan menyaksikan pelakon terkemuka Hollywood, Brad Pitt membida $120,000 (RM478,500) untuk menonton sebuah episod "Game of Thrones" dengan watak "Mother of Dragons" dalam siri televisyen itu.
Emilia Clarke hadir di acara itu bersama dengan seorang lagi pelakon drama tersebut, Kit Harington. Tawaran bermula pada nilai $20,000 dan menjadi semakin meningkat apabila bintang filem "Troy" itu membida dengan harga $80,000, $90,000 dan $120,000.
Malangnya, seorang penonton membida dengan harga yang lebih tinggi iaitu sebanyak $160,000.
Acara amal Sean Penn diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi organisasi bukan berasaskan keuntungan miliknya, J/P Haitian Relief Organization.
J/P Haitian Relief Organization dibina berikutan kejadian gempa bumi di Haiti pada tahun 2010. Program lestari ini didedikasikan khas untuk menyelamatkan nyawa penduduk Haiti.
Acara gala kebajikan itu turut dihadiri barisan pelakon ternama seperti Arnold Schwarzenegger, Leonardo DiCaprio, Patricia Arquette, Mark Burnett dan lain-lain.
Sumber berita: The Star Online