black hadiahkan kereta mini cooper kepada isteri

Kredit foto: Instagram Black

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram Black Hanifah, penyanyi tersebut mendedahkan kenderaan yang baru dihadiahkannya kepada isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi.

Kenderaan tersebut merupakan sebuah kereta model Mini Cooper berwarna putih.

Ini kata Black menerusi kapsyennya:

Daddy tak mampu bagi bintang dan bulan. Hanya boleh bagi ni ja. #nyawablack @cirakhairy #blackpirlo #surprise #minicoopers #anugerahterindah. 

Sumber: Instagram Black 

Menerusi video yang dimuat naiknya, kelihatan isteri Black begitu gembira dan terharu menyambut pemberian itu.  

Video tersebut kemudiannya dibanjiri dengan komen netizen yang memuji sifat pemurah Black. 

[email protected]: Bangganya kalau suami macam Black. Tak kisahlah apa dia hadiahkan asalkan dia tahu menghargai.”

[email protected]_honey: Cry watching this. So sweet.”

[email protected]: Wah. Bagusnya Black. Menghargai isteri.”

[email protected]_deanna88: Alhamdulillah. Bila kita memberi pada isteri, Allah akan luaskan lagi rezeki kita.. Semoga berbahagia. Bertuah @cirakhairy @black.hanifah.” 

Sumber: Instagram Black & Astro Gempak 

Black dan Naquia bernikah pada September 2015 dan telahpun dikurniakan seorang anak, Khaleef Dayyan - kini berusia dua tahun. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)