Memang susah hati kalau kita beli kereta yang terkenal sebagai model panas - model yang menjadi sasaran pencuri kereta ni. Dengan wujudnya permintaan ke atas barangan-barangan alat ganti yang murah serta kewujudan beberapa kelompok terdesak, kes kecurian kereta kerap berlaku.

Walaupun begitu, apakah model kereta yang menjadi sasaran pencuri-pencuri ini? Berikut adalah 5 model kereta yang menjadi penyumbang terbesar statistik kes kecurian kereta di negara kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Proton Wira

iluminasi kereta panas

Model klasik Proton ini nampak terus menjadi kegilaan ramai mungkin kerana permintaannya yang masih tinggi selain daripada reka bentuk yang tampak evergreen. Pada tahun 2016, sebanyak 854 kes kecurian Proton Wira dilaporkan.

2. Toyota Hilux

iluminasi kereta panas2

Model ini tak perlu diperkenalkan sebagai barang panas lagi kerana dah terkenal sebagai salah satu model pick-up truck yang memerlukan pemiliknya berhati-hati setiap masa. Mencatatkan 624 buah telah dicuri pada 2016.

3. Perodua Kancil

iluminasi kereta panas3

Kecil-kecil cili api, model Kancil nampaknya masih ramai peminatnya. Memang diakui model Kancil adalah antara model paling lasak dalam sejarah penghasilan kereta Perodua. Sebanyak 438 buah telah dicuri dalam tahun 2016.

4. Proton Iswara

iluminasi kereta panas4

Model Proton ini tidak mudah didapati dijalan raya tetapi tetap berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok top 5 kereta panas dengan 420 kes kecurian berlaku.

5. Proton Waja

iluminasi kereta panas5

Kenapa banyak model Proton yang lama dicuri? Merangkumi top 5 kereta panas Malaysia, model klasik Proton Waja, kereta pertama rekaan sepenuhnya anak Malaysia mengakhiri carta dengan 362 kes kecurian sepanjang 2016.

Sebagai rujukan, bagi tahun 2015, top 5 kereta panas adalah Proton Wira, Toyota Hilux, Proton Iswara, Perodua Kancil dan Proton Waja. Ini bermakna kelima-lima kereta terus kekal menjadi sasaran golongan tidak bertanggungjawab.

Adakah anda salah seorang pemilik kereta yang disenaraikan? Apa langkah-langkah keselamatan yang telah anda ambil dalam memastikan keselamatan kereta anda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)