Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Di antara tahun 1334 hingga 1353, dianggarkan seramai 75 hingga 200 juta (ada yang mengatakan 50 juta) manusia mati akibat penyebaran penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia. Ia dikatakan satu insiden pandemik yang paling dasyat dalam sejarah manusia. Penyakit ini merebak dalam populasi di Eurasia dan dibawa ke Eropah di mana ia menjadi begitu buruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Negara yang dijangkiti wabak ini adalah China, India, Iran, Mesir, Jerman, Itali, Perancis, England, Norwan, Rusia dan beberapa lagi negara Eropah timur. 

kutu

Wabak berbahaya itu disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Yersinia pestis, penyakit dalam populasi kutu yang hidup di celah-celah bulu tikus. Ia boleh berjangkit kepada manusia melalui gigitan kutu atau tikus yang membawa wabak ini. Kemudian, wabak ini akan dipindahkan kepada manusia lain melalui udara. 

genghis khan

Genghis Khan, Pemimpin Empayar Mongol

Wabak ini dilaporkan berasal daripada China, yang dikaitkan dengan penaklukan Mongol oleh Genghis Khan pada awal 1330-an. Ia mula melanda wilayah Hubei pada 1334. Ia kemudiannya merebak ke 7 bahagian yang lain di China. Sebanyak 25 juta nyawa warga China dan negara Asia yang lain dalam masa 15 tahun, sebelum merebak ke Eropah. Pada tahun 1340-an, wabak ini telah tersebar ke India, Persia (Iran), Syria dan Mesir. 

Ketika peristiwa penaklukan oleh Mongol, berlaku satu insiden dimana tentera Mongol telah mengepung kota Kaffa. Selepas mengepung untuk beberapa ketika, tentera Mongol mula melontarkan mayat-mayat yang mati akibat Black Death melepasi tembok Kaffa.

Ia bertujuan untuk menyebabkan jangkitan pada penduduk Kafa. Ketika ini, terdapat 12 kapal dari Genoa yang sedang berdagang di Kaffa. Dilaporkan anak-anak kapal tersebut telah dijangkiti wabak Black Death. Selepas berlepas dari pelabuhan di Kaffa, dilaporkan beberapa krew kapal mula sakit.

perjalanan black deat

Kapal-kapal itu kemudiannya berlabuh di pelabuhan Messina di Sicily, Itali. Ketika kapal berlabuh, orang ramai yang menunggu kapal tersebut sangat terkejut melihat kebanyakan anak kapal telah mati, dan ada yang sedang nazak.

black death 379

Mereka kelihatan sangat teruk dan terdapat bisul-bisul hitam pada badan mereka yang mengeluarkan darah dan nanah, yang memberikan nama penyakit ini sebagai Black Death. Ia kemudian diikuti dengan demam, sejuk, muntah dan cirit birit, dan kemudian, mati. Dilaporkan anak-anak kapal digigit oleh kutu atau tikus yang berada di atas kapal tersebut.

Pihak berkuasa Sicily mengarahkan kapal maut itu supaya berlepas namun sudah terlambat. Penyakit misteri ini telah meragut nyawa 20 juta dalam masa 5 tahun, iaitu satu pertiga daripada populasi Eropah ketika itu. Wabak ini juga menjangkiti Constantinople (kini Istanbul) pada tahun 1347. Dan dalam hanya setahun, wabak Black Death telah merebak ke Paris, Bordeaux, Lyon dan London, pada tahun 1348.

wabak

Walaupun wabak ini dikatakan telah berhenti merebak pada tahun 1353, namun ia dilaporkan kembali menjangkiti manusia pada tahun 1361–63, 1369–71, 1374–75, 1390, dan 1400. 

Secara keseluruhan, wabak ini telah mengurangkan populasi Eropah daripada 450 juta kepada 350 hingga 375 juta pada abad ke-14. Wabak ini tidak lenyap sehinggalah abad ke-19. Sama ada benar atau tidak fakta-fakta ini, namun ia adalah jelas bahawa Black Death disebabkan oleh peperangan, kelaparan, dan cuaca.

black death 4

Terdapat kumpulan yang tidak memahami mengenai biologi penyakit ini dan mereka percaya wabak ini adalah hukuman daripada Tuhan yang diturunkan akibat kesalahan seperti ketamakan, kekufuran, kesesatan dan juga penzinaan. Untuk mengatasi masalah ini, mereka mula memohon ampun dan bertaubat.

Ada juga di antara mereka yang percaya bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menghapuskan kekufuran dan pencetus masalah dalam komuniti mereka, sebagai contoh, pembunuhan beramai-ramai telah dilancarkan terhadap Yahudi pada tahun 1348 dan 1349.

Rujukan :

1. History

2. Britannica

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)