Majoriti antara kita pasti tahu COVID-19 merupakan singkatan kepada 'Corona Virus Disease-2019', dipendekkan bagi mempermudahkan sebutannya. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa jenis penyakit lain yang mempunyai nama unik, tidak menggunakan kod - sebaliknya menggunakan istilah yang khusus dan khas dirujuk sebagai label am penyakit-penyakit itu.

Tahukah anda bagaimana sesetengah penyakit dinamakan sedemikian rupa? Berikut adalah lima penyakit yang mempunyai nama unik dan asal-usulnya. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ebola

sungai ebola

Ketika kumpulan saintis yang sedang mengkaji wabak ini dalam peringkat awal, mereka berhadapan dengan masalah dalam menamakannya. 

Cadangan awalnya adalah untuk menamakan wabak itu sebagai 'wabak Yakumbu', sempena nama kampung di mana virus itu ditemui kali pertama. Bagaimanapun, idea itu ditolak disebabkan kumpulan itu bimbang reputasi masyarakat Kampung Yakumbu akan terus berhadapan stigma.

Salah seorang penyelidik mencadangkan mereka menggunakan nama sungai yang paling hampir dengan kampung tersebut. Salah satu sungai berdekatan Kampung Yakumbu bernama 'Ebola', yang membawa maksud 'sungai hitam.'

Jadi kumpulan pengkaji itupun menamakan virus itu sebagai virus Ebola.

2. Malaria

nyamuk malaria

'Malaria' merupakan sejenis penyakit bawaan nyamuk yang boleh membawa maut kepada penghidapnya. 

Nama 'malaria' pula diambil daripada dua gabungan istilah asal Itali iaitu 'mal' dan 'aria' yang membawa makna 'kotor' (mal) dan 'udara' (aria); jadi dalam bahasa Melayu 'malaria' sebenarnya membawa maksud udara kotor.

Digunakan kali pertama dalam tahun 1827, sebelum penggunaan istilah 'malaria' popular, masyarakat zaman dahulu menggunakan istilah 'marsh miasma' ('udara paya busuk') dan 'paludal poison' (racun paya).

3. Zika

penyakit hutan zika

Sama seperti Ebola, Zika yang juga penyakit bawaan nyamuk turut diambil namanya dari nama sebuah tempat. Seandainya Ebola dinamakan daripada sebatang sungai, penyakit Zika pula sempena sebuah hutan.

Terletak di negara Uganda, Hutan Zika dipercayai merupakan sumber utama nyamuk yang membawa virus penyebab penyakit itu, menjangkiti seekor monyet sebelum monyet tersebut memindahkannya kepada manusia.

Dalam bahasa masyarakat Uganda, 'Zika' bererti 'tebal' jadi mereka menamakan hutan itu sebagai 'Hutan Zika' bagi menggambarkan rupa hutan tersebut.

4. Cholera

kawasan kotor punca kolera

Menurut kajian yang dijalankan, penggunaan istilah 'cholera' ini telah pun digunakan sejak zaman Empayar Rom lagi, berdasarkan kepada rekod-rekod penulisan pengkaji perubatan zaman itu dalam menamakan penyakit yang telah menyerang mereka.

Ketika zaman Rom, mereka menggelarkan isi perut seseorang sebagai 'chole.' Sementara perbuatan muntah yang mengakibatkan isi perut seseorang keluar pula dilabelkan sebagai 'choledra.' Jadi mereka menamakan penyakit itu penyakit 'choledra.'

Perubahan zaman membawa kepada perubahan sistem ejaan yang akhirnya meringkaskan ejaan 'choledra' kepada 'cholera', sambil mengekalkan maksudnya.

5. Denggi

fogging denggi nyamuk

Sejarah bagaimana denggi dinamakan mempunyai dua teori berbeza. 

Yang pertama dikatakan berasal daripada satu istilah dalam bahasa orang Swahili ki denga pepo, yang membawa makna seseorang yang mengalami sawan dan kejang otot akibat gangguan makhluk jahat.

Istilah itu telah pun direkodkan penggunaannya dalam ensiklopedia masyarakat China sejak era Dinasti Chin (265-420M). disamakan seperti 'racun air' tetapi kedua-dua komuniti itu belum memahami punca sebenar jangkitan hadir daripada nyamuk.

Pembawa jangkitan ini, iaitu nyamuk aedes pula dinamakan pada tahun 1818 oleh seorang pengkaji Jerman bernama Johann Meigen. Meigen menamakan nyamuk itu aedes mengambil istilah Yunani lama iaitu aēdēs yang bermakna 'sesuatu yang mengganggu.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)