Oleh pada 30 May 2019 kategori

Biskut cip coklat sememangnya menjadi pilihan ramai bukan sahaja di waktu Hari Raya, malah di hari biasa juga.

Jika dibeli di luar, kuantiti yang diberikan sangat sedikit dan harganya agak mahal.

Oleh itu, apa kata anda cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Pasti menjimatkan.

Biskut Cip Coklat Ala Jenama Terkenal

 

 

Bahan-bahan:  

 

Bahan A:  

  • Mentega (250gm)
  • Gula perang (1 1/2 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil )
  • Telur (1 biji telur )

 

Bahan B: 

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1/2 cawan)
  • Baking powder (1 sudu kecil )
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil )

   

  • Minyak masak ( 6 sudu besar ) 
  • Coklat chip

 

Cara-caranya :  

1. Gaul sehingga rata kesemua bahan A menggunakan senduk. Pastikan tidak pukul sehingga kembang, cukup sekadar rata sahaja.

2. Bagi mentega pula, boleh gunakan mentega jenama apa sekalipun, cuma jangan gunakan maerjerin kerana pemilik resepi tidak pernah menggunakannya di khuatiri biskut tidak menjadi

3. Selepas rata kesemuanya, masukkan kesemua bahan B dan gaul semua sehingga rata kemudian masukkan 6 sudu besar minyak masak. Pukul rata lagi dan akhir sekali masukkan 2 cawan coklat chip.

4. Selepas selesai gaul kesemua bahan sehingga rata, masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit.

5. Setelah 30 minit, keluarkan balik adunan dan gunakan sudu kecil KFC kentang putar lalu bentukkan adunan tadi. Bentukkan bulat-bulat kecil bersamaan dengan saiz sudu sahaja kerana apabila bakar ia akan mengembang.Gunakkan api bahagian atas dan bawah dan bakar menggunakan ketuhar dengan suhu 150 C selama 20 minit. Untuk hasil biskut yang lebih garing, boleh tambakan sedikit masa.

  

biskut coklat cip ala jenama terkenal 1

 

Nota: Untuk hasil biskut yang lebih sedap, boleh gandakan lagi kuantiti coklat chip atau masukkan kacang. 

 

Sumber:

1. Deria Yaya Aryuda [12

2. Kongxie (kongxie.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)